"Bila Allah Cepat Makbulkan Doamu, Maka Dia Menyayangimu, Bila Allah Lambat Makbulkan Doamu, Maka Dia Ingin Mengujimu, Bila Allah Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh e2,Sntsalh Bersangka Baik Pada ALLAH"
Ya Allah,Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,Harum wanginya dengan ilmu agama,Cantiknya kerana iman dan taqwa,Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,Bukan perhatian mata ajnabi,Yang menjadi punca fitnah hati,Ya Allah,Timbulkanlah duri yang memagari diri,Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,Yang akan menghilangkan keharuman sejati,Yang akan memudarkan kecantikan diri,Disebalik kekurangan yang tercipta,Bukanlah alasan untuk bermuram durja,Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,Tetap menyinar walau di lumpur hina,Tetap berharga walau dimana saja,Buat ummah dan juga keluarga,Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,Yang menjadi impian setiap muslimah,Yang indahnya bukan untuk lelaki,Tapi permata buat yang bernama suami...
.::: Mutiara kata :::.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
.::: Mutiara kata :::.
" Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk hari esok, jadi belajarlah menghargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada "
" Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadangkala manusia diajak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari pengelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan "
0 comments:
Post a Comment