Monday, September 8, 2008

ISTIMEWANYA SEORANG BERGELAR WANITA DAN ISTERI

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita
yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan
binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri
inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana
isteri anda, sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia
bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.. Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia
tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu
sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60
hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri
sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari
sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh
sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah
sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak
beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu
bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran
siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami
dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala
kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho
suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu,
bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi
pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia
lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala
extra ini..
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar
rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung
ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta
dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah
rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki
dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk
disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head
to top him, Nor form his feet to be stepped upon, S he was made from his
side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near
his heart to be loved by him.

" Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia".......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit
dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti
lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw.
bersabda mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu
pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini
kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan
betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang
sedikit ini

NOTE: PADA INSTERI-ISTERI FORWARD DAN BAGIKAN PADA SUAMI
ANDA!

Saturday, September 6, 2008

HATI SEORANG WANITA




1. Sensitif :Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.



2. Cerewet :Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang kala ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.



3. Halus :Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.



4. Ikhlas :Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.



5. Korban :WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.



6. Prihatin :Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.



7. Manja :Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.



8. Ego :WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.



9. Cinta :CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.



10. Seks :SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.



"Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA"

Thursday, September 4, 2008

Terkadang Cinta Perlu Dipentingkan

"Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetiaan dan ketulusan”



Bukan sedikit orang yang menganggap remeh persoalan cinta. Cinta selalu dikaitkan dengan mereka yang tiada pendirian teguh dalam hidup. Itu silap, cinta penting lantaran ia anugerah ILAHI untuk setiap hamba-NYA. Sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmatnya hidup. Sesiapa yang gagal mendapat cinta akan merasakan hidupnya kosong.

Cinta itu penting, maka itu bukan manusia saja ada perasaan cinta. Haiwan turut bercinta dalam maknanya yang berbeza. Haiwan dihantui cemburu, marah, dengki, khianat dan juga curang, manusia betapatah lagi. Unsur-unsur inilah yang menjadikan cinta sesuatu yang sangat menyakitkan meskipun pada asalnya ia menjanjikan keseronokan, kenikmatan, kebahagiaan, persefahaman dan lain-lain yang membawa makna serupa.

Cinta itu penting kerana dengan cintalah manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu. Dengan cinta manusia sanggup memanjat gunung, menuruni lurah, menyeberang lautan, malah kadangkala berdepan dengan singa lapar. Begitulah hebatnya penangan cinta. Tatkala ia menyelubungi hati, seluruh alam kelihatan indah, padahal pada waktu itu hari telah diselubungi gelap.

Cinta boleh mencerahkan yang kedam malah kadang-kadang memberi warna pada kehitaman. Hebatnya cinta hingga ada orang tidak berasa lapar walaupun tidak makan berhari-hari. Dia sanggup mempertaruhkan dirinya demi cinta. Dia sanggup berdepan dengan apa saja. Cinta adalah motivasi terulung dan teragung baginya.

Begitulah hebat dan berkuasanya cinta. Sayang, sesetengah orang menjadi semakin lemah oleh cinta. Cinta menjadikannya semakin malas hendak berusaha. Apabila cintanya bermasalah atau mati di tengah jalan dia hilang haluan. Dia menyeksa dirinya sendiri dengan berasa sedih.

Kesedihan itu sendiri masih boleh diterima. Maklum, namanya pun manusia, dibekali emosi yang sering berubah-ubah mengikut situasi apa yang didepaninya. Bersedih itu salah satu sifat semula jadi manusia, tetapi jika terlalu sedih ia mencabar tahap normal seseorang manusia.

Lihatlah kisah Laila dengan Qais dalam filem “Laila Majnun”. Setelah pinangan Qais ditolak lantaran miskin, Qais hilang ‘kejantantannya’. Saban hari dia menangis dan merindui Laila dan duduk merempat di birai masjid. Dirinya semakin tidak terurus. Apa yang terkeluar dari mulunya hanya “Laila… Laila… Lailaaaa…”

Akhirnya tampil diri Qais tidak ubah seperti seorang yang gila. Dia diejek oleh kanak-kanak, kadang-kadang ada yang membalingnya dengan batu. Masih hatinya tidak terbuka untuk membuktikan sesuatu.

Lihatlah betapa cinta boleh menjadi manusia begitu bodoh dan tolol sekali. Andainya sungguh Qais inginkan Laila, sepatutnya dia tinggalkan kampung berkenaan dan kembali dengan setimbun harta, sebab itu pun syarat yang diberikan oleh ayahanda Laila. Dengan menangis dan merayu, itu hanya meruntuhkan martabatnya sebagai seorang lelaki, yang sepatutnya kuat dan tuntas jiwa.

Cinta itu penting tetapi usah terlalu dipentingkan. Apabila cinta terlalu dipentingkan, yang lain-lain akan nampak tidak penting. Jadikan cinta booster dalaman untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Keterbilangan kita kadang-kadang ditentukan oleh rasa cinta kita, tetapi kadang-kadang ketewasan kita juga ditentukan oleh perasaan cinta kita.

Oleh Dr Tuah Iskandar A-Haj

Benarkah wanita sensitif, lelaki ego?

Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.

Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Di sini, ingin berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

- Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

- Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

- Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

- Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

- Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

- Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.

- NOOR HASLIZA NUSI (Kosmo!)

Sumber: askmen.com

Wednesday, September 3, 2008

Kopi Itu Pahit

Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan??

Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitanya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.

Petikan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

9 langkah asas dalam menghadapi masalah

Langkah-langkah tersebut adalah :

1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negati. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

7. Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

8. Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9. Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

Tuesday, September 2, 2008

Kemaafan warnai cinta sejati

Sukar mempercayai orang yang baru ditemui. Jika baru mengenalinya, tentu perasaan sangsi akan timbul di sanubari. Ada yang sudah lama mengenali tetapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain.

Dalam sebuah perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan pada si dia. Walaupun mungkin anda tidak mempercayainya 100 peratus, tetapi tidak salah jika meletakkan anggaran di bawah 70 peratus keyakinan pa danya.

Ada faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan untuk mencari definisi sebenar kebahagiaan. Berikut antara perkara yang boleh dijadikan perisai diri dalam menjalin perhu bungan:

- Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wa sangka. Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tetapi berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini, si dia boleh menjerat anda dalam perangkapnya yang tidak disangka.

- Mengawal si dia misalnya, jika si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda, bermakna anda boleh mengawal dirinya daripada melakukan perkara yang tidak disukai. Bukan bermakna anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak anda, dia mempercayai dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.

- Komitmen bukanlah sekadar menepati janji tetapi meng hargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda atau pun si dia bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman.

- Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia. Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya.

Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

- Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah me nerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun, ten tunya anda dan si dia berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhu bungan.

- Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

- Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri dalam emosi si dia. Tidak mudah melakukan perkara ini.

Tetapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pa sangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan.

- Apabila rasa yakin, anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh-temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda.

- Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mem punyai pendapat sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

- Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan.

Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik mungkin tidak akan terlintas di fikiran.

- Ramai pasangan berasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi me ngelakkan perkara yang tidak diingini.

Oleh itu, jalan terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang, sebaliknya harus mendengarnya terlebih dulu dan kemudian membuat keputusan.