Saturday, November 8, 2008

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- 'Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.'

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

'Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.'

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

'Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat'

Mendengar itu para sahabat bertanya: 'Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?'

Jawab baginda: 'Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?'

Sahabat Menjawab: 'Bahkan !' Rasulullah menyambung: 'Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!'

KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

'Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud'

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Keajaiban Nombor di dalam Al-Quran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang
cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara
telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor,
astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan
sebagainya.Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111
peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah
kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada ¡§The
Series Of The Scientific Miracles In Quraan,?oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Friday, October 31, 2008

LIMA KUNCI UNTUK DAPAT BANTUAN ALLAH.



oleh Ustaz Aziz

Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masalah peribadi, keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiring dengan masalah yang di hadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untuk menyelesaikannya. Kita boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal, kemampuan fizikal, harta kekayaan, perhubungan atau apa sahaja. Namun bagi saya sendiri, tidak ada yang paling ampuh selain meminta pertolongan Allah SWT sambil berusaha.
Mengapa pertolongan Allah? Tidak ada satu masalah pun terjadi, kecuali atas izin Allah. Semuanya ada dalam gengaman Allah. Dalam keadaan demikian, alangka h mudahnya jika Allah membuka jalan kemudahan bagi sesiapa yang ditimpa masalah. Disebabkan itu, masalah terbesar dalam hidup adalah ketika kita tidak mendapat pertolongan Allah.
Seberat mana persoalan akan menjadi ringan bila dibantu Allah. Soalnya, bagaimana agar kita ditolong Allah? Jawapanya ada didalam Al-Quran,surah Thalaaq,ayat dua dan tiga, bermaksud " Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesunggu h nya Allah melaksanakan urusan(yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah menentukan setiap sesuatu"
Jadi, kunci pembuka bantuan Allah ada didalam ketakwaan kita. Semakin takwa kita, semakin terbuka lebar pintu pertolongan Allah. Sebaliknya, semakin ingkar kita, semakin tertutup rapat pintu pertolongan Allah.

Pertama.
Mencintai Masjid.
Masjid adalah rumah Allah yang ada dibumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapapun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.

Kedua.
Solat Tahajud.
Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir.Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan allah.

Ketiga.
Rajin Bersedekah.
Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.

Keempat.
Bantu Orang Lain.
Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.

Kelima.
Banyak berselawat.
Berselawat kepada Rasulullah SAW adalah amalan yang terpuji.Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita.

Thursday, October 30, 2008

Kepada seseorang yang...



Kepada yang masih SINGLE...


Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.


Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...

Cinta bukannya mencari seseorang yang
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tdk berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI...

Sakit... luka… hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar2 dialami.


Kepada yang ingin MENGUASAI...

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dgn org lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.


Kepada yang takut MENGAKUI...

Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...

Hal menyedihkan dalam hidup ialah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan..

Kepada yang sudah berumahtangga

Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Wednesday, October 29, 2008

Izinkan aku menjadi suaramu




Malam itu, sungai Nil menjadi saksi cinta Farhan dan Balqis. Perasaan cinta Farhan tak dapat dibendung lagi. Esok mereka akan pulang ke tanah air masing-masing sebagai graduan Universiti Al-Azhar dan Farhan tak mahu kehilangan peluang keemasan itu. Dia menyatakan hasratnya untuk
masuk meminag Balqis sejurus selepas balik dari bumi mesir ini. Senyuman Balqis cukup untuk Farhan sebagai jawapan dan mahar kepada tepak sirih yang bakal dihantar pihak lelaki nanti. Bagi Balqis, dia juga tidak mahu jika satu hari nanti dia dijodohkan dengan orang yang tidak sefikrah dengannya. Perjuangan dalam jemaah Islam disana tampak hebat sebgai pembantu utama Farhan selaku Amir.


Entah mengapa malam itu terasa singkat sekali, fajar sidiq mula menampakkan diri dan selesai solat subuh, mereka berangkat pulang.Kelihatan beberapa mahasiswa dan mahasiwi merenung keluar dari kapal terbang bagi melihat kali terakhir bumi yang banyak mengajar mereka menyintai Allah.


*** *** ***

Kenapa perlu ada pertemuan jika perlu ada perpisahan. Kerana perpisahan mengajar kita erti rindu, mengajar kita untuk menghargai seseorang dan perpisahan menambahkan lagi rasa sayang sesame manusia. Sudah hampir sembilan bulan mereka diikat dengan tali pertunangan. Farhan mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya keperingkat master di Jordan.Manakala Balqis pula sedang berusaha menyiapkan diploma perguruannya di UPSI. Kerinduan yang melanda sejak lima bulan berlalu hanya terubat dengan surat yang diterima saban bulan. Dalam surat yang saban bulan dikirimkan mereka, tak putus-putus mereka menyatakan rasa cinta mereka dan rasa rindu yang sering menyelimuti malam hari. Mereka juga saling memperingatkan bahawa tiada yang lebih layak dicintai selain Allah dan RasulNya..


Bulan November menyaksikan bulan yang paling dramatis buat mereka.Balqis diserang demam panas yang melampau. Hampir seminggu dia telantar dihospital. Akibat dari demam panas yang berlarutan, dia diuji dengan kehilangan nikmat bercakap. Balqis disahkan bisu.. Air matanya sering mengalir mengenangkan nasibnya dan nasib cintanya. Atas rasa tanggungjawab, balqis menyuruh kedua orang tuanya memutuskas tali pertunangannya dengan Farhan. Memang berat untuk dia merelakan teman sehebat Farhan dalam hidupnya, namun dia terpaksa demi kebaikan Farhan.
Balqis malu, dan dia akhirnya membawa diri ke daerah luar Bandar.Setelah hampir setahun belajar bahasa isyarat, dia memulakan kehidupan barunya sebagai guru kafa bagi kanak-kanak bisu dan pekak. Banginya ilmu agama ini perlu disampaikan walau dengan apa cara sekalipun.
Lama-kelamaan di merasa bahawa mungkin inilah hikmahnya dia dicabut nikmat untuk bertutur.


Farhan pula hampir tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya melalui telefon, namun setelah menerima warkah terakhir dari Balqis dia akhirnya akur. Tak sempat dia menjelaskan segala-galanya pada Balqis apabila dia gagal untuk menjejaki kedudukan Balqis sekarang.

*** *** ***

Kehidupan Balqis bertambah baik saban bulan. Namun dia gagal menyembunyikan rasa rindunya terhadap insane yang selalu ada didalam hatinya. Di setiap solat, dia berdoa agar dia akhirnya dapat mengatasi masaalah itu. Dia tahu dirinya tidak layak lagi untuk dicintai. Hari ini
sudah genap dua tahun dari sejak keberangkatan Farhan ke Jordan .Mungkin Farhan sudah bergelar pensyarah di salah sebuah IPTA sekitar Malaysia ini. Gumam hati Balqis. Itulah cita-cita Farhan selama ini dan menjadi harapan Balqis seketika dahulu. Dia baru saja selesai solat
dhuha, kawan serumahnya yang juga kawannya semasa di mesir lagi bergegas masuk kedalam rumah. Dia membawa smapul surat bewarna merah. Wangi baunya. Seakan-akan kad jemputan kahwin.


“Dari Farhan.” Mata Balqis membulat dan mula menakung air.


Hatinya dipujuk agar menerima takdir tuhan. Di pasrah dengan keputusan Farhan. Dia juga merelakan perkahwinan itu. Dia tahu, Farhan layak untuk menyintai dan dicintai. Perlahan dia membuka sampul surat itu. Hatinya sekali lagi terasa ditampar apabila dia terlihat tulisan “Farhan & Balqis” pada pangkal kad jemputan kahwin tersebut. Belum sempat dia melakukan apa-apa, dedaun pintu rumahnya dikuak. Buat kali pertama dalam dua tahun ini Balqis dapat menatap wajah tampan Farhan. Dalam bahasa isyarat Farhan berkata. “ Kita tidak perlu seseorang yang sempurna untuk menjadi teman hidup, tapi kita perlu seorang teman yang buat yang
membuatkan kita rasa sempurna apabila kita bersamanya. Hampir setahun lamanya saya belajar bahasa ini hanya untuk menyatakan, izinkan aku menjadi suaramu.” Airmata Balqis masih mengalir namun bibirnya sudah mula mengukir senyuman dan hatinya sedar akan cinta yang Allah cipta
untuk hambanya terlalu agung.

Moralnya ;-

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Tuesday, October 28, 2008

Sekadar renungan bersama



Cerita ini saya terbaca dari emel yang kawan saya forwardkan kepada saya dan saya rasakan ia sangat bererti pada diri saya..just sekadar renungan untuk diri saya sendiri dan share dengan kawan2...moga2 dapat memberikan iktibar dan panduan pada kita bersama pada masa hadapan.

kisah ini bermula dengan hanya satu soalan...

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?"
ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu
waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok.Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu nyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan
selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik pintar, baikhati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian
dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas?!", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya? ". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki
yang sempurna".

============ ========= ========= ======== ========= ========= ======== ========= =========
Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ?
... .. Nobody's perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Tak kiralah kita ni lelaki ke pempuan ke... Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri,apakah sudah sempurna di mata orang lain??

Rase-rasenyer sama juga dgn yang dah berkahwin... Redhalah dgn apa yang ada..belum tentu yang baru tu dapat memenuhi citarasa kita..yang lama dah tentu kita kenal buruk baik nya..just improve ourselves..dan sama-sama membetulkan kesilapan dan kekurangan diri masing-masing..learn thru our mistakes...Hargai setiap apa yang kita miliki agar kita tidak menangisi atas kehilangannya

Kita tidak perlu seseorang yang sempurna untuk menjadi teman hidup, tapi kita perlu seorang teman hidup yang dapat membuatkan kita rasa sempurna apabila kita bersamanya


wallahuallam. ..

Monday, October 27, 2008

Bicara buat temanku....



Teman,

Kekadang aku rasakan diari hidup ini terlalu panjang,

Jika didalamnya penuh dengan kekecewaan,kesedihan,kesunyian serta kegagalan,

Mahu saja aku menamatkannya,

Namun....hadirmu membuatkan diri ini semakin tabah menghadapi liku dan ranjau hidup ini...


Teman,

Kekadang aku rasakan diari perjalanan hidupku terlalu singkat,

Jika di dalamnya penuh dengan keceriaan,kebahagiaan dan kegembiraan,

Apatah lagi bila adanya dirimu disisi,

Yang menjadi pembakar semangatku,

penasihatku dan sahabatku yang setia,

Sungguh bertuah sesiapa yang memilikimu....


Tapi Teman...

Seandainya suatu masa nanti...

kita punya haluan sendiri..

Kenangan bersamamu akan sentiasa dihati,

Ku ingin ukhwah ini abadi dan sejati,

Namun siapa aku untuk menentukannya,

Siapa aku untuk menyatakannya...


Harapanku hanya satu...

Ingin melihatmu bahagia..selamanya....

Untukmu teman...terima kasih segalanya...

Aku amat menyayangimu.....