Saturday, August 30, 2008

Perkara Yang Membahagiakan

Empat perkara yang mendasari kebahagiaan hidup seseorang menurut kajian di National Institute on Aging, adalah harga diri, optimisme, keterbukaan dan pengendalian diri. Namun bukan hanya terhad kepada empat perkara ini sahaja. Ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk mencapai kebahagian dalam hidup. Antaranya ialah:

Aktif dan mempertahankan kesibukan.
Melakukan sesuatu dengan fikiran positif dan optimis.
Meluangkan waktu untuk bergaul dan bersosial.
Bekerja dengan produktif dan melakukan pekerjaan yang memberi makna.
Berorientasi ke masa kini.
Mengembangkan keperibadian yang sihat.
Mengembangkan keperibadian yang terbuka.
Jadilah diri sendiri.
Mengurangkan permasalahan dan perasaan negatif.
Memelihara pandangan bahawa peribadi yang elok adalah sumber kebahagiaan yang paling utama.
Memberikan nilai tinggi terhadap kebahagiaan itu sendiri.

Friday, August 29, 2008

Tips Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Isteri

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan “I Love You”.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya…… sekiranya pendapat isteri anda salah…. betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi ‘angpau’ kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah ’sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Thursday, August 28, 2008

MENGHITUNG HARI

FATAMORGANA-HIJJAZ

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

( korus )
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

( ulang dari korus )

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Hari ini sudah lebih sepuluh kali aku ulang dgr lagu ni.sampai emak pun dah jemu dengar ;p..bagi aku nasyid ni lah sumber ketenangan jiwa aku selain mbaca Al-Quran..Bagi aku ble dapat dgr lagu nih rasa tenang je hati ni dan lapang sket otak ni....ntahlaa ble aku bosan or sedih ke aku lbh ske dgr nasyid..hmmm biasanya rutin harian yg aku lalui setiap hari agak membosankan..pagi2 before pegi keja buat keja umah dulu,then pegi keje,balek keje layan citer soleha kejap..mgkn krn citer ni agak menarik cz barisan pelakon2 nya agak ganteng2 dan cun ;p..ahaks..salah sorg nya Rionaldo storkhorst yg membawa watak 'Rendra dan Faris' telah mencuri perhatian ku..Rendra adalah srg lelaki yg ku kira sgt baik dan bertanggungjwab krn dia bkn shj srg yg merendah diri malahan snggp berkorban apa shj demi kekasihnya soleha..itulah serba sedikit sinopsis ttg OST soleha..Then pd malam hari slps layan biter dan citer best,aku selalu bhrp dpt meluangkan sdikit masa utk hubby ku yg jauh di perantauan org..yg bisa aku lakukan hya berchatting dgn die through YM..Begitulah rutinku setiap hari...

Ramai teman2 yg masih bertanya aku tak rindu ke kat hubby?.nape x ikot je die?..persoalan yg sering bermain di bibir setiap org yg bertemu dgn aku..kadang2 naik tensen pun ada..especially kat opis..huhu..mcm2 soklan power dorg ajukan..smpaikan kadang2 naik bengang pon ada..tapi aku sabar..hanya mampu tersenyum dgn jawapan 'nak buat camana terpaksalah'.Lagipun berjauhan dgn hubby sekejap je 6 bln huhu..setiap hari hya ALLAH tahu perasaanku..menghitung hari demi hari...hanya doa dan sabar jela yg mampu aku lakukan.Aku yakin pasti ada hikmahnya di sebalik semua ni..huhu..dorg ckp aku sorg perempuan yg tabah...alhamdulillah aku b'syukur pd ALLAH krn diberikan kekuatan spt ini dlm menghadapi dugaan berjauhan dgn suami apatah lagi di awal usia perkahwinan kami..bkn mudah utk aku lalui smua ni..tanpa ibu dan ayah ku di sisiku,aku pasti lemah tak berdaya..Betapa kerdilnya aku rasakan dihadapan ALLAH...Begitulah lumrah kehidupan di dunia,cabaran dan dugaan lah yg mendewasakan usia kita dan rintangan yg dilalui tambah pengalaman diri kita..semua ini telah banyak mengajar aku tentang erti kesabaran dan kehidupan sebenar..yang penting kita sabar dalam menempuhi sgl rintangan dgn tetapkan iman di hati dan yakinkan janjiNya pasti.Apa yg ALLAH takdirkan adalah yg terbaik utk kita.

Seperti kata Hamka,'Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah'.Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.

Wanita Ibarat Rama-Rama

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

~ Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

Sebaik-baik Teman Adalah Hati

“Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda”

Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.
Hati besar akan berkata, “Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat.”

Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. “Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?”

Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ. Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.

Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda. Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.

Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur. Hati besar biasanya penuh dengan ego. Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.

Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda, tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Jurunasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.

Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda mampu melaksanakannya.

Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.

Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian. Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.

Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan.

Sumber: Alfiqrah

Wednesday, August 27, 2008

Tips Berkomunikasi Dengan Berkesan

Kaedah pertama: “Sahkan kewujudan seseorang.” Berkomunikasi dengan cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling bersar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain. Jadi sekiranya kita tidak acuh pada teman komunikasi mungkin akan menyebabkan dia beranggapan kita telah menyisihkan dia. Rasulullah sendiri diajar supaya tidak menyisihkan manusia di dalam penyampaian dakwahnya. Meskipun orang itu hanyalah seorang hamba berkulit hitam.

Kaedah kedua: “Menyebut untuk menyatakan penghargaan.” Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya atau usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya.

Kaedah ketiga: “Bahasa.” Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah amat rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Seseorang yang sedang hangat bercinta sewaktu menulis surat cintanya berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga sanggup mengoyak surat yang tidak sesuai, mencari kalimah-kalimah yang paling terbaik, dan merujuk buku-buku dan kamus untuk memastikan suratnya menjadi wasilah komunikasinya yang paling berkesan. Mengapa kita tidak mengaplikasikan senario tersebut di dalam perhubungan harian kita? Adakah kerana kita malu dengan suasana? Yang pastinya jika kita terlalu egois untuk merendah diri, memuji orang lain sekali-sekala, menghormati, menunjuk sayang… kita sebenarnya memilih untuk tidak didekati oleh sesiapa pun.

Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dan unformal. Melihat kepada situasi amat penting supaya mampu menilai siapa teman komunikasi kita. Apabila sudah mengenali mudahlah untuk menjalin komunikasi.

Bagaimana bahasa yang digunakan untuk komunikasi dengan keluarga? dengan kawan-kawan? teman istimewa? ketua? perkerja bawahan? Tentunya perbezaan ini menjadikan kita menganalisa komunikasi yang pernah kita lakukan sebelum ini.

Kaedah keempat: “Meyakinkan orang lain terhadap diri kita.” Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita memerlukan teknik yang dipelbagaikan. Kaedah ini amat penting bagi seseorang kepimpinan. Pun begitu tidaklah bermakna sekiranya anda bukan seorang kepimpinan kaedah ini tidak penting. Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi alias suri tauladan sehingga orang mengkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.

Kaedah kelima: “Meluangkan masa untuk orang lain.” Jangan menolak pelawaan orang lain meskipun dia hanyalah orang bawahan anda. Sekiranya dijemput menghadiri sesuatu majlis di dalam keadaan anda juga tiada kelapangan untuk menghadiri kerana diundang ke majlis lain yang lebih awal, jangan terus menolak. Terimalah dengan berkata: Saya akan berusaha untuk hadir. Atau meolak dengan meminta maaf dan menyatakan sebab adalah lebih baik dari terus membiarkan penjemput tertunggu-tunggu anda hadir. Sekiranya anda sudah berkeluarga, luangkanlah masa untuk aktiviti keluarga supaya anda mampu menjalin hubungan kasih dan sayang sesama ahli keluarga anda. Sekiranya ada seorang kawan anda yang memerlukan pertolongan anda luangkanlah masa untuk membantunya kerana ia akan menambahkan kepercayaan dan keakrabannya terhadap anda. Bayangkan jika anda menjauh dan menolak, apakah yang dia rasa saat itu? Selain kecewa dan marah! Apakah anda tidak merasa bersalah?

Kaedah keenam: “Menghargai orang lain.” Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberikan hadiah hari lahir, memberikan kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah dan memuji kejayaan, belanja makan siang/malam, mengundang ke majlis yang anda anjurkan, menunaikan janji dan sebaginya. Dengan menghargai orang lain anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan memulakan majlis/mesyuarat tepat pada masa yang dijanjikan sebagai menghargai orang yang dapat awal bukan memberi peluang untuk orang datang lewat ditunggu sehingga majlis menghargai kedatangan mereka yang lewat itu.

Bagaimanapun apa yang saya tulis di sini bukanlah mencakupi keseluruhan teknik atau kaedah komunikasi yang saya percaya masih banyak. Sekiranya kita mampu membentuk 6 kaedah tersebut sekurang-kurangnya komunikasi kita akan lebih baik berbanding sekiranya mengabaikan.

Adakalanya kita tidak mampu menggunakan kesemua apa yang dimiliki untuk berkomunikasi akan tetapi walaupun kadangkala kita hanya menggunakan satu atau dua aspek sahaja seperti hanya mampu berkomunikasi secara bukan lisan atau penulisan semata-mata kita masih punya peluang untuk berkomunikasi secara berkesan. Bagaimana orang bisu boleh memahami di antara satu dengan lain? Bagaimana ibu menanamkan kasih sayang terhadap anaknya yang masih tidak boleh berkata-kata? Bagaimana seorang penjaga kucing mampu menjinakkan kucingnya? Semua ini adalah komunikasi yang kurang dari sudut penggunaan aspek tetapi masih boleh berkesan.

Selain bertutur, komunikasi juga boleh dilakukan dengan melihat kepada aspek lain seperti sentuhan (berjabat tangan), air muka, isyarat dan persekitaran. Dengan memerhatikan aspek-aspek lain seperti yang saya nyatakan itu anda juga mampu berkomunikasi dengan berkesan.

Untuk mewujudkan kasih sayang perlu banyak sentuhan. Berjabat tangan, memeluk, dan mencium akan mudah menimbulkan mesra. Tetapi perlulah digunakan di tempat yang sesuai. Seorang ibu lebih banyak membelai dan menyentuh anaknya menyebabkan jalinan kasih di antara si anak dan ibu lebih akrab berbanding anak dengan ayahnya, kecuali sekiranya si ibu tidak melakukan aspek sentuhan tersebut… jalinan kasih itu akan berpindah.

Orang bisu yang menggunakan bahasa isyarat dan riak wajah mampu menyelami maksud yang disampaikan meskipun komunikasi mereka kekurangan dari aspek pertuturan. Ini kerana mereka memberikan tumpuan pada gerak badan, kedudukan, riak wajah, mata, posisi tubuh, jarak dan sebaginya yang selalunya diabaikan oleh orang yang boleh bertutur.

Justeru adalah amat berharga jika kita yang diberikan pancaindera yang cukup memanipulasikan anugerah Allah itu dengan sebaik-baiknya. Ucaplah syukur dan berdoalah kepada Tuhan kerana dengan mengucap syukur kita dan menggunakan anugerah di tempat yang baik kita akan mendapat kebaikan dan keberkatan di sisi Allah SWT.

Saturday, August 23, 2008

MY SWEET MEMORIES




Percaya atau tidak inilah seorang gadis yg diberi nama nurfadzliana.Gambar ini di ambil ketika aku berada di zaman 'kecomelan'ku dahulu yakni ketika digilai oleh kanak2 hingusan...ahaks..ntah kenapa hari ini kotak fikiranku melayang2 mengungkap kenangan silam...ada sesuatu yg menarik telah membuatkan ku rasa ingin kembali ke zaman tersebut...alangkah bahagia dan indahnya jika kita dapat kembali menyelusuri zaman persekolahan dan kanak2 itu.Tapi aku sedar semua itu tak mungkin akan kembali..bagiku zaman itu adalah zaman paling bahagia krn kita pernah punyai masalah dan smuanya manis belaka.

Masih segar di ingatanku kali pertama melangkah ke sekolah..aku di temani ayah dan ibu sepanjang hari..melihatkan org2 yg tidak ku kenali aku berasa sungguh takut dan tidak selesa berada di dalam kelas..apa yg di ajar guru langsung tidak ku tumpu sebaliknya hanya ibu dan ayah yg ku cari dgn harapan mereka tidak meninggalkan aku sndirian..hehe anak manja la katakan..hehe kenangan tu takkan pernah ku lupakan..terima kasih ibu dan ayah krn telah membesarkan ku,mendidikku dgn ilmu agama agar menjadi insan yg berguna di dunia dan akhirat.Insyaallah..

Begitu juga kenangan bersama kawan2 adalah saat yg paling manis dalam hidupku..Mengenali kalian semua adalah sangat bererti bagiku..Ingatan tersebut seringkali buatku tersenyum apabila mengenangkan ntah pape gelaran yg ku terima ketika itu.Antaranya 'bisu','anak tok arab','budak sombong','unik'dan juga'perempuan melayu terakhir'.Hehe semua tu adalah kenangan yang membuatkan ku rasa teringin kembali ke zaman lampau..Gelaran 'bisu' yg di sering dipanggil oleh seorang laki2..nak tau kenapa??hehe ini krn aku adalah seorang gadis yg tidak suka bercakap dgn kaum adam biarpun mcm2 dorg ckp padaku..hehe bukan 'jual mahal' tapi ntah kenapa ketika itu aku jadi 'benci' dgn sikap lelaki yg seringkali menganggu setiap pergerakan ku..hehe maklumlah zaman glamour..haha..tapi selepas melangkah ke matrikulasi smua itu telah berubah krn didorong pelbagai faktor..Biarpun sekarang keadaan dan masa telah berubah tetapi kenangan tetap ada..

Rindunya pada kalian smua..ntah ble lagik dapat berkumpul ramai2 bertemu bercerita ttg kisah lalu kenangan yg cukup membuatkan kita sangat bahagia...Sekarang masing telah membawa haluan sendiri dan ada kehidupan sendiri..inilah realiti kehidupan ada yg manis ada yg pahit.I miss u all my frenzz.Okey bertemu lagi di episod akan datang..ahaks..