Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA







assalamualaikum wbt..

Sempena ketibaan syawal yg bakal menjelma tidak lama lagi,saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiul fitri buat semua kawan2 dah pengunjung blog permatahati...maaf zahir batin andai ada salah dan silap...Diharap semua teman2 memaafkan kesalahan saya.

Bagi saya tahun ini adalah tahun paling bermakna kerana dapat berhari raya bersama suami..hehe first time tahun ni berhari raya bersama suami tersayang..ahaks...biasanye beraya di kampung je tp tahun ni kena beraya di kelate plak..huhu...moga2 hari raya kali ni membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga..ameen..alhamdulillah hari ini my hubby dah selamat sampai ke tanah air..dan sempatlah kitorang berhari raya bersama..alhamdulillah..terima kasih ya ALLAH.berbunga2 hatiku hari ini coz dapat ketemu kembali hubby setelah 3 bulan berjauhan...syukurlah dia selamat..alhamdulillah.

Pada semua kawan2 berhati2 di jalanraya yea..ingatlah orang tersayang..jangan gaduh2 time nk raya (berebut raya) ;p..ahaks...dan lagik satu jangan main mercun..bahaya..hehe..sama2lah kita bermaaf2an di hari raya nih..hehe..


maaf zahir batin...sambutlah salam mesra dari saya sekeluarga..semoga kita beroleh keberkatan dan kebahagiaan.ameen..terima kasih kepada semua kawan2 yg masih mengingati diri ini..

Tuesday, September 23, 2008

TIPS CINTA SUAMI ISTERI



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadidengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluarkemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiadagangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tandamengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politiksemasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satujam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membacaakhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudahmeningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama sertabersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untukmenghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu,memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka tekiatau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anakdan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untukmenyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tanggabahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Monday, September 22, 2008

Suami Mithali Idaman Isteri

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai
pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan
untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk
sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai
suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok
dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa
makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami
isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan
pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak
masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita
dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga
juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri
merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'. Hidupkan amalan
sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan
menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila
berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan
isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara
serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan
masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.

Sunday, September 21, 2008

Persahabatan itu....





* Persahabatan itu umpama dakwat dan kertas. Dakwat memberi erti apabila tercatatnya ia di atas kertas.

* Persahabatan itu umpama kuku dan jari. Tanpa kuku jari tiada seri.

* Persahabatan itu umpama daun dan bunga. Cantiknya bunga kerana di sisinya ada daun yang cantik.

* Persahabatan itu umpama nasi dan lauk. Tanpa keduanya hilanglah selera laparlah perut.

* Persahabatan itu umpama gincu dan bibir. Calitkan gincu agar bibir terserlah keayuannya.

* Persahabatan itu umpama deria manusia. Tanpa salah satunya, hilang lah nikmat merasa.

* Persahabatan yang terjalin antara kita jangan di putuskan hanya kerana kita berbeza pandangan.

Aku mahu terus jadi sahabatmu, aku mahu jadi pendengarmu, aku mahu sentiasa bersahabat walau apa pun terjadi kerana semuanya sahabat sejatiku...

terima kasih ats segalanya sahabatku...semoga persahabatan kite kekal mewangi selamanya.

with love,
permatahati

Saturday, September 20, 2008

Cinta Anugerah Terindah




Rasa cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini.

Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya kehidupan ini?

Dalam percintaan, tiada sempadan untuk menikmati perasaan itu. Baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan.

Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta?

Bagi yang tidak faham apa makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab segalanya.


# Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan tetapi derita di perasaan.

# Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

# Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

# Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.

# Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

# Cinta bukan paksaan. Ia lahir daripada dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

# Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

# Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

# Apakah cinta itu? Cuba katakan... Tidak lain dan tidak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

# Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

# Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.

# Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala perasaan cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, sukar membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Friday, September 19, 2008

Sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita solehah




Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.” Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, akal fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa,
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,

Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya,
Jangan jinakkan mereka dengan harta,
Kerana dengannya mereka akan liar,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan,
Nantinya mereka akan derita,
Kenalkan mereka dengan zat Allah yang kekal,
Disitulan punca kekuatan dunia,
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, tebalkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ianya dengan akhlak,
Suburkanlah kerana dari situ nantinya.......
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Ilahi,
Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bukan kelemahan,
Ia bukan dikriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih sayang Allah,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur,
Dan tidak akan menghiburkan tanpa iman, ilmu, dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus, malah semakin membengkok,
Itulah hakikatnya andai wanita tidal mengenal Rabbnya,
Bila wanita jadi derhaka, pasti dunia lelaki huru-hara,
Lelaki pula jangan mengharap semata-mata, tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi..........
Pimpinlah diri kepadaNya.....jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu,
Jangan mengharap isteri semulia Siti Khadijah,
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali

Hati ini milik Allah, diciptakan Allah, hanya untuk menyintai Allah...^_^

Wednesday, September 17, 2008

terima kasih sahabat2ku




Hari ini tanggal 17 sept 2008 maka genaplah umurku 25 tahun..huhu begitu cepatnya masa berlalu..pejam celik pejam celik udah genap 17 hari kita berpuasa..dan tahun ini aku rasa bertuah kerana kebetulan tarikh lahirku jatuh bersamaan 17 Ramadhan iaitu hari nuzul Al-Quran yakni dimana hari turunnya Al-Quran..Tapi mengikut ayahbondaku tarikh lahirku sebenarnya jatuh tanggal 10 zulhijjah 1404 bsamaan hari raya aidiladha...alhamdulillah..sampai hari ini aku masih diberi kesempatan oleh ALLAH menunaikan fardu puasa dan tarawih..syukur..
Di kesempatan ini aku nak mengucapkan terima kasih di atas ingatan dan penghargaan kalian semua atas jalinan persahabatan yg telah kita bina selama ini..Maaf andai tidak sempat utk membalas smua msg2 kawan2..samada di frenster mahupun sms..hehe..anyway kalian semua sangat dihargai...terharu rasanya hati cz sampai saat ini kita masih dapat keep in touch..semoga persahabatan kita kekal selamanya..

wasssalam

Monday, September 15, 2008

belajar mencintai seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.

Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Malah sangat mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap kembali padamu.

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

Sunday, September 14, 2008

Untukmu Yang Bergelar Muslimah

Wahai wanita-wanita yang taat.. Dikaulah penyejuk mata, penawar hati, dan penajam fikiran buat para mujahidin di jalan Allah. Rehatmu bukan di dunia, tetapi di syurga. Dirimu di sana dilayan bak permaisuri.. Keayuanmu dicemburui para bidadari...
Bertanya si adik kecil pada sang bidadari
berwajah
manusia...


"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku,kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki...menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya
wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."


Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi
...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman,tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka
tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata
Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas hati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam
kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri tidak cukup menarik...merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka.Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali
mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk
menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah . Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg soleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah...perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu
sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka...Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim.Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'.Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya.Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa
ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan
wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan
debu2 kilauan pasir.Wahai adikku... Wanita ibarat epal . Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu
dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH
jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok
sifatnya...sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya.Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak
semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."


Adik terpaku sendiri . Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit.Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus
bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Semoga hijab menjadi pakaianmu, semoga kesucian menjadi amalanmu, semoga kesopanan menjadi perhiasanmu, semoga syurga menjadi tempatmu..

"Manusia itu seperti logam.. sesiapa yang terpilih di zaman jahiliah, akan terpilih di zaman islam, sekiranya dia faham.."[hadith].

wassalam

Thursday, September 11, 2008

SAYU

Hari ini dah masuk hari ke-12 kita berpuasa di bulan ramadhan..hanya tinggal beberapa hari lagi kita bakal meninggalkan bulan ramadhan..ntah sempat ke tidak kita akan bertemu bulan ramadhan tahun depan...selepas mendengar tazkirah oleh Ustaz Abdullah Khairi semalam hatiku jadi sayu dan insaf krn begitu bertuahnya kita krn masih diberikan kesempatan oleh ALLAH SWT utk menikmati ramadhan sampai hari ini.alhamdulillah...terlalu banyak kesempatan dan nikmat kurniaan ALLAH yg telah diberikan kepada kita..cume kita yg tak sedar..kita sentiasa bdoa utk mendapatkan yg 'terbaik' dan terlalu mengejar keduniaan..berlumba2 utk mendapatkan apa yg kita inginkan di dunia ini seolah2 kita akan hidup selamanya...sesungguhnya kita telah alpa dan leka dgn nikmat dunia yg pd hakikatnya hanyalah sementara..akhirat jua yg kekal abadi...Kita tidak tahu entah bila kita akan dijemputNYA,entah sempat ke tidak kita berpuasa penuh smpai habis ramadhan kali ini,entah sempat tidak kita bakal bertemu syawal nti..semua persoalan tu tidak mampu kita jawab krn hanya ALLAH yg maha mengetahui segalanya tentang hari kematian kita,hari kiamat dan perkara2 ghaib.

Hatiku jadi sayu dan sedih bile memikirkan terlalu banyaknya dosaku dan terlalu banyak aku leka dgn dunia yg sementara ini..terlalu banyak aku memikirkan tentang dunia melebihi akhirat,terlalu banyak aku menangisi hal keduniaan,terlalu banyak aku buang masa dgn perkara2 yg melalaikan....aku leka...sepatutnya bulan ramadhan inilah kita harus mengambil kesempatan utk menambahkan amal ibadah dgn banyakkan membaca A-Quran,berzikir,berselawat ke atas nabi Muhammad saw,solat tarawikh dan mementingkan urusan akhirat melebihi urusan keduniaan..krn bulan ramadhan adalah bulan yg ALLAH gandakan pahala di atas setiap perkara kebaikan yg kita lakukan.

Begitu nikmatnya bulan ramadhan ini apatah lagi sewaktu berbuka bersama keluarga kita dan di malam hari kita bersolat tarawikh scara bjemaah..terasa dekat skali ngn ALLAH ..di saat imam mengalunkan ayat-ayat AL_QURAN begitu merdunya dan tenangnya hatiku mendengar suaranya..terasa nyaman dan tenangnya hatiku di rumah ALLAH..semua itu hanya setahun sekali dapat kita perolehi..Kita harus bersyukur dan menikmati kurniaan yg ALLAH berikan dgn sbaik2nya..ingatlah hidup kita di dunia ini hanyalah sementara...


Untuk itu, marilah kita sama-sama mengingatkan tentang besarnya nikmat yang telah Allah SWT limpahkan kepala kita, seperti nikmat kesehatan, kesempatan, terutama nikmat kurniaan yang besar yakni hidayah. Allah SWT tidak memberikan nikmat itu dengan cara hutang ataupun pinjaman. Nikmat itu diberikan Nya dengan percuma, tetapi kita jangan sampai lupa atas nikmat dan kurnia yang sudah Allah berikan kepada kita . Oleh itu, marilah kita bersyukur atas nikmat tersebut terutama nikmat hidup.

Wednesday, September 10, 2008

==== Masih Saling Mencinta ====

ulla meoriz feat anton

aku manusia yang lemah
maafkanlah bila ku tak bisa
menjaga semua yang telah
kita bina bersama

aku juga manusia biasa
yang tak luput dengan kekurangan
tapi ku tak ingin di duakan
apalagi dilupakan

# tapi apalah dayaku
semua tlah terjadi
namun kuingin kau tau
aku masih cinta

dan bila kau memang cinta padaku
janganlah kau pergi dari hidupkuku
dan bila kita memang saling mencinta
mengapa kita harus berpisaaaaah

bila cinta ada di hati kita
percayalah kita kan bersama

http://www.youtube.com/watch?v=XPbbJNi0qxA

comment ;) suka bangat sama lagu nih..citernya pon best gler.pelakonnya pon comel2.ada rasya,cinta dan Alan.so cute..hehe slu pas balek keje msti layan..ahaks..

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah Puasa

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu.” ­- Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran

Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

“(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” - Surah al-Baqarah: 185.

3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka.” - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.

4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.” ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.

5. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka.” - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

7. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

“Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan.” - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:

“Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia.” – Surah al-Nas: 1-6.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.

8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Firman ALLAH S.W.T:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Tuesday, September 9, 2008

Tips Cinta - Memperoleh Kekuatan Dalam Bercinta

Dalam meletakkan fasa dalam sesuatu perhubungan, sudah pasti ada sesuatu yang dicari. Pada diri si dia, tentu anda mengharapkan yang baik daripada yang terbaik.

Begitu juga dalam membina impian dalam percintaan, pelbagai perkara yang difikirkan mengenai si dia. Adakah nilai yang diberikan itu ada persamaan dengan apa yang anda dambakan? Renungi perkara berikut untuk memperoleh kekuatan dalam bercinta:

# Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah.

Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu.

# Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu.

# Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.

# Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.

# Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya.

# Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya.

# Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

# Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.

Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas.

# Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya.

# Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

# Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

# Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda.

# Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya.

# Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.

# Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

# Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya.

# Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.

# Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.

# Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Monday, September 8, 2008

ISTIMEWANYA SEORANG BERGELAR WANITA DAN ISTERI

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita
yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan
binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri
inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana
isteri anda, sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia
bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.. Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia
tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu
sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60
hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri
sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari
sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh
sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah
sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak
beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu
bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran
siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami
dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala
kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho
suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu,
bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi
pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia
lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala
extra ini..
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar
rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung
ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta
dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah
rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki
dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk
disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head
to top him, Nor form his feet to be stepped upon, S he was made from his
side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near
his heart to be loved by him.

" Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia".......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit
dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti
lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw.
bersabda mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu
pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini
kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan
betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang
sedikit ini

NOTE: PADA INSTERI-ISTERI FORWARD DAN BAGIKAN PADA SUAMI
ANDA!

Saturday, September 6, 2008

HATI SEORANG WANITA




1. Sensitif :Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.



2. Cerewet :Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang kala ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.



3. Halus :Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.



4. Ikhlas :Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.



5. Korban :WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.



6. Prihatin :Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.



7. Manja :Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.



8. Ego :WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.



9. Cinta :CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.



10. Seks :SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.



"Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA"

Thursday, September 4, 2008

Terkadang Cinta Perlu Dipentingkan

"Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetiaan dan ketulusan”



Bukan sedikit orang yang menganggap remeh persoalan cinta. Cinta selalu dikaitkan dengan mereka yang tiada pendirian teguh dalam hidup. Itu silap, cinta penting lantaran ia anugerah ILAHI untuk setiap hamba-NYA. Sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmatnya hidup. Sesiapa yang gagal mendapat cinta akan merasakan hidupnya kosong.

Cinta itu penting, maka itu bukan manusia saja ada perasaan cinta. Haiwan turut bercinta dalam maknanya yang berbeza. Haiwan dihantui cemburu, marah, dengki, khianat dan juga curang, manusia betapatah lagi. Unsur-unsur inilah yang menjadikan cinta sesuatu yang sangat menyakitkan meskipun pada asalnya ia menjanjikan keseronokan, kenikmatan, kebahagiaan, persefahaman dan lain-lain yang membawa makna serupa.

Cinta itu penting kerana dengan cintalah manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu. Dengan cinta manusia sanggup memanjat gunung, menuruni lurah, menyeberang lautan, malah kadangkala berdepan dengan singa lapar. Begitulah hebatnya penangan cinta. Tatkala ia menyelubungi hati, seluruh alam kelihatan indah, padahal pada waktu itu hari telah diselubungi gelap.

Cinta boleh mencerahkan yang kedam malah kadang-kadang memberi warna pada kehitaman. Hebatnya cinta hingga ada orang tidak berasa lapar walaupun tidak makan berhari-hari. Dia sanggup mempertaruhkan dirinya demi cinta. Dia sanggup berdepan dengan apa saja. Cinta adalah motivasi terulung dan teragung baginya.

Begitulah hebat dan berkuasanya cinta. Sayang, sesetengah orang menjadi semakin lemah oleh cinta. Cinta menjadikannya semakin malas hendak berusaha. Apabila cintanya bermasalah atau mati di tengah jalan dia hilang haluan. Dia menyeksa dirinya sendiri dengan berasa sedih.

Kesedihan itu sendiri masih boleh diterima. Maklum, namanya pun manusia, dibekali emosi yang sering berubah-ubah mengikut situasi apa yang didepaninya. Bersedih itu salah satu sifat semula jadi manusia, tetapi jika terlalu sedih ia mencabar tahap normal seseorang manusia.

Lihatlah kisah Laila dengan Qais dalam filem “Laila Majnun”. Setelah pinangan Qais ditolak lantaran miskin, Qais hilang ‘kejantantannya’. Saban hari dia menangis dan merindui Laila dan duduk merempat di birai masjid. Dirinya semakin tidak terurus. Apa yang terkeluar dari mulunya hanya “Laila… Laila… Lailaaaa…”

Akhirnya tampil diri Qais tidak ubah seperti seorang yang gila. Dia diejek oleh kanak-kanak, kadang-kadang ada yang membalingnya dengan batu. Masih hatinya tidak terbuka untuk membuktikan sesuatu.

Lihatlah betapa cinta boleh menjadi manusia begitu bodoh dan tolol sekali. Andainya sungguh Qais inginkan Laila, sepatutnya dia tinggalkan kampung berkenaan dan kembali dengan setimbun harta, sebab itu pun syarat yang diberikan oleh ayahanda Laila. Dengan menangis dan merayu, itu hanya meruntuhkan martabatnya sebagai seorang lelaki, yang sepatutnya kuat dan tuntas jiwa.

Cinta itu penting tetapi usah terlalu dipentingkan. Apabila cinta terlalu dipentingkan, yang lain-lain akan nampak tidak penting. Jadikan cinta booster dalaman untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Keterbilangan kita kadang-kadang ditentukan oleh rasa cinta kita, tetapi kadang-kadang ketewasan kita juga ditentukan oleh perasaan cinta kita.

Oleh Dr Tuah Iskandar A-Haj

Benarkah wanita sensitif, lelaki ego?

Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.

Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Di sini, ingin berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

- Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

- Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

- Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

- Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

- Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

- Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.

- NOOR HASLIZA NUSI (Kosmo!)

Sumber: askmen.com

Wednesday, September 3, 2008

Kopi Itu Pahit

Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan??

Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitanya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.

Petikan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

9 langkah asas dalam menghadapi masalah

Langkah-langkah tersebut adalah :

1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negati. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

7. Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

8. Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9. Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

Tuesday, September 2, 2008

Kemaafan warnai cinta sejati

Sukar mempercayai orang yang baru ditemui. Jika baru mengenalinya, tentu perasaan sangsi akan timbul di sanubari. Ada yang sudah lama mengenali tetapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain.

Dalam sebuah perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan pada si dia. Walaupun mungkin anda tidak mempercayainya 100 peratus, tetapi tidak salah jika meletakkan anggaran di bawah 70 peratus keyakinan pa danya.

Ada faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan untuk mencari definisi sebenar kebahagiaan. Berikut antara perkara yang boleh dijadikan perisai diri dalam menjalin perhu bungan:

- Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wa sangka. Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tetapi berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini, si dia boleh menjerat anda dalam perangkapnya yang tidak disangka.

- Mengawal si dia misalnya, jika si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda, bermakna anda boleh mengawal dirinya daripada melakukan perkara yang tidak disukai. Bukan bermakna anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak anda, dia mempercayai dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.

- Komitmen bukanlah sekadar menepati janji tetapi meng hargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda atau pun si dia bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman.

- Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia. Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya.

Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

- Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah me nerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun, ten tunya anda dan si dia berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhu bungan.

- Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

- Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri dalam emosi si dia. Tidak mudah melakukan perkara ini.

Tetapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pa sangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan.

- Apabila rasa yakin, anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh-temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda.

- Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mem punyai pendapat sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

- Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan.

Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik mungkin tidak akan terlintas di fikiran.

- Ramai pasangan berasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi me ngelakkan perkara yang tidak diingini.

Oleh itu, jalan terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang, sebaliknya harus mendengarnya terlebih dulu dan kemudian membuat keputusan.