Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.” Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, akal fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa,
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya,
Jangan jinakkan mereka dengan harta,
Kerana dengannya mereka akan liar,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan,
Nantinya mereka akan derita,
Kenalkan mereka dengan zat Allah yang kekal,
Disitulan punca kekuatan dunia,
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, tebalkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ianya dengan akhlak,
Suburkanlah kerana dari situ nantinya.......
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Ilahi,
Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bukan kelemahan,
Ia bukan dikriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih sayang Allah,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur,
Dan tidak akan menghiburkan tanpa iman, ilmu, dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus, malah semakin membengkok,
Itulah hakikatnya andai wanita tidal mengenal Rabbnya,
Bila wanita jadi derhaka, pasti dunia lelaki huru-hara,
Lelaki pula jangan mengharap semata-mata, tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi..........
Pimpinlah diri kepadaNya.....jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu,
Jangan mengharap isteri semulia Siti Khadijah,
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali
Hati ini milik Allah, diciptakan Allah, hanya untuk menyintai Allah...^_^
Wadi Sahb, Oman
7 years ago
3 comments:
Alhamdulillah..tersentuh hati ana membaca blog awak...hiasi dirimu dengan keindahan budi dan pekerti yg tinggi..moga keserhanaan lahiriah menjadi pakaianmu dan ketulusan jiwa menjadi amalanmu dan hiasilah dirimu dgn akhlak yg indah seindah wajahmu.
ayok!...ana tgk seven dh stat terbakar dh. ahahaha!
ana...sejuk rase hati nubari. hihi!
yeke..alhamdulillah..terima kasih atas nasihat al-iman..hhehe..ameen...
hehe sejuk hati tom bombadil adakah krn akan bertemu wife tcenta ujung mnggu nih ;p..ahaks
Post a Comment