Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan
wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal
orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan
martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan
paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas
kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita
hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih
untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan
kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan
lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan
dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa
mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan
ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih
berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita
atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih
malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau
akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya
kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa
dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan
adalah wanita solehah
Wadi Sahb, Oman
7 years ago
2 comments:
sejuk hati saya bace blog awak yang berkisar tentang wanita solehah.Ya benar,Cantik wanita bukan terletak pd paras yg cantik tp pada akhlak yang cantik yakni dari dalam diri.Baguslah awak ni dah lah cantik akhlak pun cantik.Semoga ALLAH memberkati usaha awak.teruskan perjuanganmu
yeke..alhamdulillah awak suke..terima kasih atas pujian awak thadap blog sy...sy mmg suke kumpul dan berkongsi ttg apa yg sy baca dgn semua kawan2..semoga dapat memberikan panduan dan pengajaran buat kita semua...huhu sy manade cntik sederhana je wak..apa yg kita ada kt dunia sekarang bknlah hak milik kita yang abadi..perlu diingat hanyalah satu pinjaman semata2..semoga kita sentiasa di jalan yg diredhaiNYA slalu..ameen
Post a Comment