Friday, July 24, 2009

Pentingkah kalimat 'I LOVE U' dalam perkahwinan???

Sesungguhnya perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu yang ada di dalam diri, bukan setakat untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Perkahwinan adalah sebagai satu mahligai cinta dan lambang kasih sayang.Keserasian antara pasangan boleh dibentuk melalui sikap tolak ansur, kasih sayang, cinta dan rindu yang Allah letakkan dalam setiap jiwa manusia di samping sifat belas kasihan dan bergaul mesra antara mereka.Menurutnya, di awal perkahwinan sikap kasih sayang dan saling cinta-mencintai mudah ditonjolkan tetapi sikap sedemikian semakin pudar dan hilang apabila usia perkahwinan memasuki fasa tahunan.Sehubungan itu, menurut kajian perkahwinan boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan I Love You sekurang-kurangnya tujuh kali sehari."Dalam hal ini, pihak suami dikatakan amat payah untuk mengucap ungkapan sebegini tetapi sebenarnya amalan seperti itu amat penting bagi menunjukkan penghargaan kepada pasangan masing-masing dengan memanggil pasangan dengan panggilan manja.Suami isteri perlu sentiasa berkomunikasi baik, bergurau mesra dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti sayang, abang dan sebagainya sebagaimana Rasulullah memanggil isterinya, Siti Aisyah dengan panggilan Humairah (pipi merah).Bukankah perkahwinan itu adalah satu ibadah dan adalah amat dituntut bagi setiap pasangan sentiasa cuba membahagiakan pasangan dengan mempraktikkan panggilan manja demi mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga.tetapi acapkali panggilan manja dan kalimat "i love u' hanya digunakan sebelum proses perkahwinan.Adalah amat menyedihkan dalam masyarakat kita hari ini kerana di dalam islam itu sendiri kalimat itu sepatutnya dipraktikkan dalam hubungan yang halal bukan sebelum perkahwinan semata2,kerana sudah pasti ALLAH akan kurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda pada pasangan suami istri yang sentiasa saling berkasih-kasihan kerana ALLAH swt.

Suasana kasih sayang dalam perhubungan suami isteri perlu lahir dalam hati yang ikhlas bukan paksaan. Suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing untuk memupuk perasaan itu agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.Dalam konteks itu,setiap pasangan perlu mencari kelainan dalam diri pasangan mereka dan menjadikan kelainan itu sebagai satu keserasian.Terdapat tiga cara untuk menerbitkan keserasian antara pasangan iaitu dengan mengadakan sembahyang berjemaah, makan makanan yang dimasak oleh isteri serta tidur bersama bukan sekadar melakukan hubungan intim.

"Sesungguhnya dosa suami isteri akan gugur di celah-celah jari apabila mereka bersalaman selepas sembahyang berjemaah sekiranya berlaku pertelingkahan di dalam rumah tangga," Melalui pernikahan, seseorang itu akan mendapatkan banyak emaslahatan daripadanya seperti memelihara kehormatan, mencegah dari perbuatan zina, memelihara pandangan serta menyambung generasi.seseorang itu akan mendapat banyak ganjaran pahala daripada Allah walaupun sekadar menatap wajah suami atau isteri masing-masing.

"Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang," Terdapat empat tanda kebahagiaan dalam kehidupan seseorang iaitu mempunyai isteri solehah, anak-anak yang baik, pergaulan dengan orang-orang yang baik dan mendapat rezeki di tanah air sendiri."Isteri yang solehah itu diertikan apabila kamu memandangnya kamu akan rasa terhibur, sentiasa mentaati suaminya selagi tidak bertentangan dengan syariah dan menjaga kehormatan diri dan suaminya,"Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip iaitu didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama dengan disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan sebagainya.Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri juga menjadi asas selain kewajipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan, penceraian dan sebagainya.
Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam serta jahil mengenai hukum-hukum berkaitan hubungan antara mereka dan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Saturday, July 18, 2009

Persinggahan-Zahran

Sekian lama hidup di kegelapan,

Teraba-raba tanpa tujuan,

Akal dan budi seakan tak berfungsi,

Ke manakah diri??



Apa diturut kehendak yang meronta,

Menyeksa badan membakar jiwa,

Syaitan dan nafsu meracun dalam diri,



Renungkanlah ini,



Kita sekadar di persinggahan,

Pasti kembali pada yang menciptakan,

Ombak dan badai lumrah kehidupan insani,

Insaflah semua darinya jua

Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…….



Pada ilahi bantuannya menanti,

Iman dan takwa yang sejati,

Itulah bekalan diri…..



Doa’ senjata mereka yang beriman,

Tuhan pencipta maha penyayang,

Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan

Hanya pada tuhan



Lirik lagu kump. zahran

Saturday, July 11, 2009

Hati insan bernama wanita

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

50 perkara untuk jadi SUAMI yang BAIK

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
*

Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.
Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum
cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

coret-coretan

Malam ini entah kenapa aku tidak dapat melelapkan mata walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi...Hatiku rasa gelisah bercampur sayu...hanya ALLAH yang mengerti perasaanku..Hujan rintik2 menemaniku...Dari semalam lagi aku tidak dapat tidur nyenyak...aku hanya mampu menangis untuk meluahkan rasa yang terpendam dihati ini...aku tahu aku tidak mampu untuk meluahkan pada sesiapa..Hanya pada ALLAH aku mengadu agar diberikan kekuatan menghadapi dugaan hidup ni.Hati perempuan sangat lembut dan halus kata orang..tak sama macam lelaki...sebab tu ALLAH kurniakan wanita dengan airmata. Kerana Air mata wanita bukanlah suatu kelemahan, tapi itu suatu jalan yang diberikan Allah kepada wanita untuk menstabilkan emosinya ketika emosinya sedang memuncak.Sama halnya dengan laki-laki jika emosi sudah memuncak maka dia akan memukul atau bertarung dengan orang yang buat dia emosi, atau meninggalkan tempat yang membuatnya emosi menuju tempat yang sepi untuk menyendiri dan tidak ada orang yang mengganggunya.

Esok aku akan bertolak balik KL..Hatiku sedih bercampur pilu kerana sedih untuk meninggalkan familyku di sini.Terasa sangat bahagia walaupun sekejap cuma bila dapat meluangkan masa di samping keluarga tercinta.Inilah waktu kualiti yang aku cuba habiskan selagi ALLAH masih berikan aku kesempatan...Aku sangat menyayangi ayah bondaku..abangku,adik2ku..Bagi aku family aku adalah yang terbaik dalam hidupku sampai bila2..Terima kasih ayah, mak, abang dan adikku kerana menjaga aku dengan baik selama ini..Alangkah bahagianya jika masa dapat diputarkan kembali...Aku dapat menghabiskan masa bersama familyku,bermain dan bermanja ngn seluruh familyku..

Tapi kini segalanya telah berubah,aku bukan lagi hanya bergelar seorang anak..malah aku juga punyai tanggungjawab yang lebih besar sebagai isteri kepada seorang yang bernama suami...Tanggungjawab utama seorang isteri ialah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri..Kini aku terpaksa hidup sendirian dan berdikari di KL seorang diri...Memang perit dan sepinya bila hidup sendiri di perantauan apatah lagi bila berjauhan ngn suami...Lantaran itu aku menyedari tentang erti kehidupan sebenar dan erti berdikari...Kadang2 aku sendiri tak pasti bagaimana aku boleh hidup sendiri ..Tapi kadang2 aku rasa lemah tak bermaya...tika dilanda kesepian,kesunyian,kesedihan,kesusahan dan bermacam2 yang aku hadapi sendiri...Kini aku pasrah dengan ketentuanNya dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Apa yang mampu hanya airmata sebagai penenang jiwa dan alat untuk aku melepaskan tekanan yang melanda saban hari...kadang2 aku rasa tidak cukup kuat dan lemah untuk menghadapinya sendiri tanpa seorang yang bergelar suami..Padamu suamiku..berilah aku semangat dan kekuatan tika aku rasa lemah tak bermaya,tika aku dilanda kesedihan,kesepian dan kesusahan..Aku hanya seorang wanita,isteri dan seorang yang bergelar anak yang perlukan teman untuk melalui liku2 hidup yang penuh mencabar dan dugaan...janganlah dikau biarkan diri ini kesedihan,kesepian tanpa pujukan dan nasihat kerana pada SUAMI,ALLAH telah berikan kepadamu kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Friday, July 10, 2009

Air mata seorang Isteri

Perempuan adalah makhluk penuh kepekaan, panjang pemikiran, dan lebih peduli dengan detail. Setiap masalah yang dihadapi selalu melahirkan pertanyaan, perenungan, dan dipikirkan secara mendalam. Perempuan pada umumnya, terlebih mereka yang bertemperamen melankolis dan introvert, memiliki dunia sendiri yang terkadang tak terjamah manusia lain, bahkan orang terdekatnya. Kalau saja para suami yang memiliki isteri seperti itu ternyata adalah kelompok laki-laki yang egois serta temperamental, maka dunia internal isterinya akan makin tak terlihat. Semakin sang isteri merasa sendirian, maka dunianya akan semakin terasa muram, sedih, dan penuh pesimisme. Tak ada spirit untuk hidup, tak ada semangat untuk menghadapi pagi dan hari esok. Seorang suami tak akan percaya hal itu kalau ia tak pernah berempati dan mengenal dengan baik karakter isterinya.

Tahukah, seorang ibu tetaplah manusia biasa yang memerlukan teman untuk bicara, untuk sekedar meluahkan gumpalan fikiran dan perasaan yang ada di hatinya, keinginan-keinginannya, harapan-harapannya, dan apa yang ingin dikerjakannya.

Tahukah, bahawa 'lima minit' waktu yang diluangkan suami untuk mendengar isterinya bicara tentang kelelahannya hari ini, mampu mengubati kelelahan itu sendiri tanpa harus memberinya ramuan penghilang lelah. Perempuan itu unik, dan berinteraksi dengannya memerlukan seni dan ilmu. Bukan dengan fikiran sesaat, bukan dengan sikap impulsif.

Tindakan dramatis yang dilakukan seorang perempuan introvert adalah sebuah ledakan klimaks dari tekanan yang berkepanjangan. Ketika suami tak mampu dijadikan teman bicara, dan tak ada orang lain yang juga dipercaya untuk mendengarnya bicara, maka perempuan sekuat apapun boleh jadi lemah, runtuh, dan tak punya solusi lain kecuali bertindak dengan keputusasaan.

Tahukah……. Bagi siapapun yang sudah memiliki isteri, JANGAN BIARKAN ISTERI ANDA MENANGIS TANPA AIR MATA TERLIHAT DI PIPINYA. Karena jika Anda tak pernah sekalipun melihat butiran bening menghiasi wajahnya, boleh jadi Anda sudah melewatkan banyak momentum penting dalam hari-hari istri Anda, yaitu ketika ia berbicara jujur tentang perasaannya.

Luahan hati seorang bernama isteri

dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..

dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..

salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..

aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..

kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..

atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...

Nukilan isterimu

Sunday, July 5, 2009

Kasih sayang

Dalam sehari semalam kita kerap menyebut perkataan 'Bismillah'. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu 'Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.

Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.

Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.

Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.

Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting.

Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?

Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam?

Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?

Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain?

Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?

Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar.

Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."

Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya.

Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:

# Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.

# Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.

# Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.

# Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.

# Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.

# Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.