dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..
dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..
salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..
aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..
kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..
atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...
Nukilan isterimu
Tiwi, Oman
7 years ago
4 comments:
erk, Yana reka ke nih?hehehhe..
pandai btol berpuisi indah! mcm ayat2 cinta! hehehe
hehe x la yana dok serve tenet td terbaca ttg puisi ni best jer yana wat koleksi kat blog nih..hehe khas buat my dear hubby..ahaks moga2 die mengerti hati ini ahaks
yana...share lah ngan ma.apa yang yana sedih sgt...boleh tau????
kdang2 suami xthu pe yg istri ingnkn bg sy xmnta wng rgt atau kmwahn tp sy mnta kjjrn n cntailh sy slmaya tp kdg2 sy lbh cnta dia dri dia cnta sy!
Post a Comment