Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…
Wadi Sahb, Oman
7 years ago
8 comments:
wahai para suami… bimbinglah isteri dengan sebaik2nya…
wahai isteri…. jadilah isteri yang solehah. semoga jodoh kekal ke syurga.
Setiap insan baik isteri atau suami mahukan kesempurnaan daripada pasangan masing-masing. Kita harus akui hakikat tiada insan yang sempurna sesempurna Nabi Muhammad (s.a.w). Tapi kita harus berusaha ke arah itu untuk melahirkan keluarga bahagia. Akui kelemahan diri sendiri dan terima kekurangan diri pasangan.itulah yg terpenting dlm rumahtangga Inyaallah kita akan bahagia…………
ya betol tuh..isteri solehah lah penyejuk mata suami.Sy sbgai seorg istri amat mnghargai jika sorg suami myayangi isterinya.tiada apa yg paling indah bg istri melainkan ksh syng dr suaminya…biapun harta mlmph ruah,kecantikan yg smpurna,namun hnya satu yg paling bhgia iaitu cinta seorg suami.alngkah bhgianya menjalani hdp yg bhgai bersama org yg menyayngi kita kan?..saya ingin menjadi istri yg solehah…kerana syurga bg istri adalah d bwah tapak kaki suaminya dismping melakukan ibadt kepada Allh…moga semua ini menjadi knyataan suatu hari nanti….ameen
yesza..bg kite istri kasih sayang suami la paling utama...tdk ade manusia yg sempurna so kite sbg suami istri la yg kna brusaha menjadikan hdp kite lbh sempurna di dunia nie.
aah..tiada manusia yg sempurna di dunia ni..hya kita yg kena berusaha mencipta suasana bahagia dan harmoni dalam rumahtangga seiring dgn tuntutan syarak...teruskan usaha sahabatku.hehe thanx 4 d comment
semoga nukilan yang dibuat dpt menjadi pedoman kpd mereka yg akan @telah mendirikn masjid
Aku ini bakal isteri akhir zaman. Moga bakal suamiku yg juga suami akhir zaman dpt mengerti keidaksempurnaan diri aku. Moga cinta dan sayangnya pdku berkekalan.Moga dia tidak berubah menjadi seseorg yg aku tak kenali. Kerana aku menyayangi dirinya yg baik hati, penyabar dan penyayang. Aku takut utk melihat dirinya yg lain. Tetapkanlah hatiku untuk terus menyayangi dan merindui dirinya. Moga rs cinta akan berputik hanya untuk bakal suamiku…..
insyaallah..berkat doa kepada ALLAH SWT dan usaha kite yg berterusan utk menjadi wanita/istri solehah pasti akan tercapai andai kite benar2 ikhlas dan yakin kpd qada dan qadar.semoga ALLAH memberkati usaha kalian.
Post a Comment