ASSALAMUALAIKUM! Apa khabar semua? Begitulah per mulaan percakapan seorang Muslim, sunat diawali dengan salam.
Makna 'Assalaamualaikum' ialah semoga Allah menye lamatkan dan memberikan kesejahteraan atas kamu. Salam dalam bentuk ucapan adalah ungkapan yang bersifat amalan digunakan untuk memperkenalkan diri atau menyapa orang lain.
Hukum memberi salam sunat tetapi menjawabnya wajib. Salam dalam bentuk gerakan, antaranya adalah berjabat tangan atau disebut juga bersalaman, mengangguk, cium tangan, cium pipi dan melambaikan tangan.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 23, mak sudnya: Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan; Maha Pengawal; Maha Kuasa; Maha Kuat; Memiliki segala Kebesaran. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan.”
Di dalam ayat ini, as-Salaam (Maha Sejahtera) adalah satu daripada nama agung Allah s.w.t. Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan ungkapan lain, seperti 'Hayakallah' yang ertinya semoga Allah menjagamu tetap hidup.
Kemudian Islam memperkenalkan ungkapan 'Assalamu alaikum, ertinya semoga kamu terselamat daripada segala duka, kesulitan dan nestapa.
Ibnu Al-Arabi di dalam kitabnya 'Al-Ahkamul Quran' mengatakan, salam adalah satu ciri Allah s.w.t dan bererti “Semoga Allah menjadi pelindungmu.'
Jangan pandang remeh pada ucapan salam. Disebabkan tidak memahami kedudukan ucapan “Assalamualaikum”, ucapan selamat pagi dan good morning lebih selesa di ungkapkan.
Betapa besarnya makna salam dan ungkapan “Assala amualaikum”. Elok kita dalami makna salam, antaranya:
# Salam bukan sekadar ungkapan kasih sayang, tetapi juga doa pengharapan agar anda selamat daripada segala macam duka derita.
Tidak seperti kebiasaan orang Arab yang mendoakan untuk tetap hidup atau selamat pagi yang sudah selamat. Kita yang belum mendapat jaminan selamat sepatutnya didoakan. Salam juga mendoakan agar hidup kita bukan saja selamat tetapi supaya mendapat penuh kebaikan.
# Salam mengingatkan kita semua bergantung kepada Allah s.w.t. Tidak satu pun makhluk yang boleh mencelakai atau memberikan manfaat kepada sesiapapun, juga tanpa per kenan Allah s.w.t.
# Perhatikanlah, ketika seseorang mengatakan kepada anda: “Aku berdoa semoga kamu sejahtera.” Maka ia menyatakan dan berjanji, yang anda aman daripada tangan (perla kuannya), lidahnya (lisan) dan ia akan menghormati hak hidup, kehormatan serta harga diri anda.
Maknanya, orang yang mengucapkan salam itu memberikan pernyataan yang ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya daripada diriku.’ Kesimpulannya salam bererti mengingatkan (zikir) Allah dan mengingatkan diri.
Ungkapan kasih sayang antara sesama Muslim adalah doa yang istimewa dan pernyataan atau pemberitahuan yang ‘anda aman daripada bahaya tangan dan lidahku.’
Mulai sekarang, jangan berpisah dengan ucapan “Assa lammualaikum” sebab kelebihannya sangat hebat.
Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Salam adalah salah satu asma (nama) Allah s.w.t yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan di hadapan Allah. Jika jemaah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani).
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ber sabda, maksudnya: “Orang kikir yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan salam.”
Oleh Mohd Zawawi Yusoh
Wadi Sahb, Oman
7 years ago
5 comments:
Assalamualaikum. :) Baca blog awak ni buat saya rasa sgt2 rendah diri. Malu pun ada nak menyibuk dalam blog awak ni. Jauh sgt beza ilmu agama awak dgn saya.
wsalam wbt...huhu jgn la ckp cmtu awak..huhu sy ni pon biasa je mcm org len...ilmu sy pon msih cetek..sekadar berkongsi dgn teman2..huhu yg ptg kita dapat berkongsi pendapat dan ilmu pengetahuan ;-)
Sy nak minta izin nak copy entri blog awk tarikh 4 Dec 08 nak paste dlm blog sy. Nanti sy letak kredit utk awak dlm blog sy :)
huhu okies..sile2...amat di alu2 kan..hehe..terima kasih cz sudi ziarah dan menjadi pengunjung setia blog sy ;)..salam perkenalan dari permatahati..sy dah add awak dlm blog list sy ;-)
Trima ksh ye. malu la nanti org lain baca.
Post a Comment