Sekejap je masa berlalukan...pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru hijrah hari ini...1 muharam 1430 bermulalah buku catatan baru hidup bagi semua umat islam pada hari ini.Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam keseluruhannya.Tapi sayangnya tidak ramai orang menghayati dan menyedari tentang kepentingan maal hijrah ini.Tarikh tersebut merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah buat umat Islam. Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu sendiri. Peristiwa ini juga telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah SAW.
Antaranya keberanian Saidina Ali r.a yang sanggup menggantikan Rasullullah SAW di tempat tidur baginda walaupun pada ketika itu orang-orang kafir Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah.
Saban tahun kita meraikan sambutan 'Maal Hijrah', namun apakah ianya merupakan sambutan semata-mata? Apakah yang kita fahami tentang hijrah? Adakah hijrah sekadar perpindahan yang berbentuk fizikal semata-mata?Persoalan ini harus kita rungkaikan supaya hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dapat difahami dan dihayati. Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.Hijrah bermaksud meninggalkan larangan Allah iaitu dengan melawan nafsu.Tapi sayangnya umat islam hari ini lebih mementingkan nafsu daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.Umat Islam sesama sendiri berkelahi kerana pangkat, harta dan wanita. Adakalanya umat Islam sendiri sanggup berkomplot dengan golongan kuffar demi kepentingan tertentu. Sekiranya inilah perangai kita, apakah kita layak digelar sebagai khalifah Allah.?
Marilah kita mencontohi para sahabat yang sanggup berkorban demi kepentingan Islam. Sesungguhnya Hirah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, perpaduan dan kecintaan terhadap Allah. Apa maknanya kita menyambut sambutan Maal Hijrah jika kita semakin jauh dengan Islam? Apakah ertinya kita menghayati sambutan Maal Hijrah. jika jihad masih disalah anggap dan menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah yang kita sambut jika perubahan yang ada hanyalah menunjukkan umat Islam bertambah lemah dan menjadi mangsa penindasan barat malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai pengganas dan pemecah-belah.
Sesungguhnya di sebalik peristiwa hijrah terkandung pelbagai lagi iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi. Soalnya lagi sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan maal hijrah dalam memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam.
"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."
SELAMAT BERHIJRAH (^_^) moga tahun ini akan membawa seribu perubahan dan keberkatan dalam hidup kita bersama.ameen
Wadi Sahb, Oman
7 years ago
5 comments:
salam maal hijrah ;-)
Salam.. selamat tahun baru.
wsalam wbt bell..thanx.selamat tahun baru gak wat bell and anonymous di ats kesudian melawat blog permatahati dan sokongan yg dberikan ;) semoga ukhuwah kite akan stsa dalam limpah rahmatNYA.amen
seindah hiasan adalah wanita solehah..moga anda dapat menjadi permata syurga idaman hati sang suami.
alhamdulillah...suka ana bace blog awak ;-) saya jga akan berusaha berhijrah menjadi suami dan ayah yg baik kepada istri dan anak sy.insyaallah.
Post a Comment