Saturday, September 12, 2009

Selamat hari raya buat family tercinta

sekejap je lagi kita bakal menyambut ketibaan syawal..huhu tahun ni giliran beraya pertama di kelate plak bersama family hubby..huhu first time jugak bagi aku utk beraya di pagi raya tanpa bersama mak dan ayah di kedah...huhu tapi aku kena kuatkan ati jugak..huhu maklumlah hidup diperantauan org...sangat terasa apatah lagi ble dengar lagu raya yang syahdu huhu..sayu juugak hati ni tapi sabar..huhu...di keesempatan ni aku ingin mengucapkan selamat hari raya tebuat family tercinta di kedah begitu jugak kawan2 yg dah lama x jupe...raya ketiga baru aku akan pulang ke kedah bersama hubby tercenta..huhu maaf zahir batin anakanda pohon moga2 kita dapat bersama2 meraikan hari lebaran ini dengan penuh kegembiraan....ameen

Friday, August 28, 2009

ADAB DAN KELEBIHAN RAMADHAN

ADAB-ADAB PUASA :

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

KELEBIHAN PUASA

Puasa juga menjadi benteng dan perisai bagi seseorang. Perisai kerana puasa dapat melemahkan nafsu. Nafsu sebenarnya banyak merosakkan. Oleh itu, ia perlu dididik agar menjadi nafsu yang baik. Juga perisai daripada api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Puasa itu adalah perisai. (riwayat Bukhari)

Puasa juga akan melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain. Ramai lagi orang yang kelaparan di atas muka dunia ini. Dengan berpuasa, kita dapat merasai derita lapar dan dahaga.

Puasa juga akan mendidik untuk bersikap amanah. Amanah kepada Allah dan diri sendiri. Mana ada orang yang tahu bahawa kita puasa sepenuhnya atau tidak. Kalau tidak amanah, sambil menyelam boleh minum air.

Puasa juga akan menajamkan akal. Cuba ambil buku teks dan baca selepas makan tengah hari atau makan malam, biasanya otak tidak boleh menerima apa yang yang dibaca. Sebab itu, dikatakan bahawa masa yang baik untuk membaca ialah dua jam selepas makan. Badan juga menjadi lemah khususnya untuk melakukan ibadat.

Disebut antara kata-kata hikmah Luqman al-Hakim ialah: “Apabila perut penuh dengan makanan, maka fikiran akan tidur, kebijaksanaan akan diam dan anggota badan menjadi malas.”

Puasa juga boleh mengurangkan keagresifan dan keaktifan nafsu syahwat. Mungkin kerana inilah ada anjuran daripada Baginda s.a.w. agar orang yang tidak mampu berkahwin untuk berpuasa dengan sabda Baginda: Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka atasnya puasa kerana sesungguhnya puasa baginya sebagai perisai nafsu. (riwayat Bukhari)

Thursday, August 27, 2009

selamat berpuasa semua

Di kesempatan ini permatahati ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua...rasanya masih belum terlewat utk permatahati memohon maaf andai ada salah dan silap..huhu first time arini permatahati bersahur dan berpuasa di mache,kelate..huhu...dan first time jugak berpuasa dan berdikari hidup sendirik tahun ni..huhu sedar tak sedar dah hampir 7 bulan berjauhan dgn my family dan hidup sendiri...Memula tuh agak sedih jugak tp bile di renungkan kembali pasti ada hikmah tersembunyi.Aku yakin mungkin inilah cabaran dan dugaan yang harus aku tempuhi sebagai istri dan hamba ALLAH yang kerdil..,tiada daya melawan takdir apa yang penting aku harus lalui dengan tenang dan sabar...Di sini aku belajar erti berdikari dan kehidupan yg penuh cabaran..apatah lagi ditengah2 kota raya yang sentiasa busy dengan mcm2 org yg busybody ;p..ahaks..Tapi berkat keyakinan dan sokongan yang diberi oleh family dan mydear hubby yg tak pernah kenal erti penat dan susah telah mengajar aku ttg erti pengorbanan...Dalam perkahwinan dan percintaan jarak jauh ini jugak mengajar aku ttg erti kehidupan yang sebenar kerna dlm perkahwinan sangat perlunya TOLAK ANSUR,KESEFAHAMAN DAN PENGORBANAN antara kedua pasangan..huhu...Suami dan istri perlu saling melengkapi dan saling bertolak ansur itulah yang paling penting....Alhamdulillah aku bersyukur kerana ALLAH sentiasa memberikan aku petunjuk dan hidayah agar terus berdiri melangkah menghadapi apa jua rintangan yang datang seorang diri..Dan ketibaan bulan ramadhan kali ini juga merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana aku masih diberikan kesempatan bernafas dan menikmati indahnya ramadhan...dan aku sentiasa berpesan kepada semua kawan2 dan juga diri aku agar sentiasa mengambil peluang yang diberikan ALLAH pada kita dengan penuh manfaat...insyaallah jika kita sentiasa dekat pada ALLAH ,ALLAH akan setiasa ingin dekat dengan kita dan semoga ALLAH memberkati kita selalu..selamat berpuasa dan bertarawikh ;-)

Saturday, August 1, 2009

Hak seorang isteri

pesan Rasulullah s.a.w ketika haji wida yang antara lain bermaksud:

“…Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. “Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina…”

setiap orang berhak atas haknya. suami berhak akan haknya, begitu juga isteri. namun, terdapat pro dan kontra pada orang yang terlalu mengambil tahu akan perlaksanaan haknya.

1. merasa tidak redha apabila haknya tidak diberi.

2.merasa teraniaya apabila tahu haknya diabaikan.

3.berdendam apabila haknya tidak ditunaikan.

4.merasa sakit hati.

5.menganggap bahawa suami tidak adil.

sedang sekiranya seorang isteri yang menyerahkan dirinya pada Yang Maha Kuasa, redha akan taqdir Allah. meyertakan usaha dan doa untuk mendapat haknya namun menerima apa yang disediakan untuknya. tiada yang menanti seorang hamba melainkan balasan atas apa yang diusahakannya.

lalu, mengetahui akan hak seseorang itu wajar, namun jangan sesekali menjadikan hak sebagai isu untuk tidak merasa bahagia.

langkah terbaik adalah mempelajari dan mengambil tahu akan hak orang yang berhak atas kita seperti suami dan anak-anak. lakukan yang terbaik dan jangan terlalu memikirkan akan hak sendiri sebaliknya perhatikan dan muhasabah akan hak orang atas kita, adakah kita telah tunaikannya?

hak kita serahkan pada Allah, namun sekiranya tidak tertunai, berusahalah dan berdoalah agar hak kita juga, kita terima.

Friday, July 24, 2009

Pentingkah kalimat 'I LOVE U' dalam perkahwinan???

Sesungguhnya perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu yang ada di dalam diri, bukan setakat untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Perkahwinan adalah sebagai satu mahligai cinta dan lambang kasih sayang.Keserasian antara pasangan boleh dibentuk melalui sikap tolak ansur, kasih sayang, cinta dan rindu yang Allah letakkan dalam setiap jiwa manusia di samping sifat belas kasihan dan bergaul mesra antara mereka.Menurutnya, di awal perkahwinan sikap kasih sayang dan saling cinta-mencintai mudah ditonjolkan tetapi sikap sedemikian semakin pudar dan hilang apabila usia perkahwinan memasuki fasa tahunan.Sehubungan itu, menurut kajian perkahwinan boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan I Love You sekurang-kurangnya tujuh kali sehari."Dalam hal ini, pihak suami dikatakan amat payah untuk mengucap ungkapan sebegini tetapi sebenarnya amalan seperti itu amat penting bagi menunjukkan penghargaan kepada pasangan masing-masing dengan memanggil pasangan dengan panggilan manja.Suami isteri perlu sentiasa berkomunikasi baik, bergurau mesra dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti sayang, abang dan sebagainya sebagaimana Rasulullah memanggil isterinya, Siti Aisyah dengan panggilan Humairah (pipi merah).Bukankah perkahwinan itu adalah satu ibadah dan adalah amat dituntut bagi setiap pasangan sentiasa cuba membahagiakan pasangan dengan mempraktikkan panggilan manja demi mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga.tetapi acapkali panggilan manja dan kalimat "i love u' hanya digunakan sebelum proses perkahwinan.Adalah amat menyedihkan dalam masyarakat kita hari ini kerana di dalam islam itu sendiri kalimat itu sepatutnya dipraktikkan dalam hubungan yang halal bukan sebelum perkahwinan semata2,kerana sudah pasti ALLAH akan kurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda pada pasangan suami istri yang sentiasa saling berkasih-kasihan kerana ALLAH swt.

Suasana kasih sayang dalam perhubungan suami isteri perlu lahir dalam hati yang ikhlas bukan paksaan. Suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing untuk memupuk perasaan itu agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.Dalam konteks itu,setiap pasangan perlu mencari kelainan dalam diri pasangan mereka dan menjadikan kelainan itu sebagai satu keserasian.Terdapat tiga cara untuk menerbitkan keserasian antara pasangan iaitu dengan mengadakan sembahyang berjemaah, makan makanan yang dimasak oleh isteri serta tidur bersama bukan sekadar melakukan hubungan intim.

"Sesungguhnya dosa suami isteri akan gugur di celah-celah jari apabila mereka bersalaman selepas sembahyang berjemaah sekiranya berlaku pertelingkahan di dalam rumah tangga," Melalui pernikahan, seseorang itu akan mendapatkan banyak emaslahatan daripadanya seperti memelihara kehormatan, mencegah dari perbuatan zina, memelihara pandangan serta menyambung generasi.seseorang itu akan mendapat banyak ganjaran pahala daripada Allah walaupun sekadar menatap wajah suami atau isteri masing-masing.

"Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang," Terdapat empat tanda kebahagiaan dalam kehidupan seseorang iaitu mempunyai isteri solehah, anak-anak yang baik, pergaulan dengan orang-orang yang baik dan mendapat rezeki di tanah air sendiri."Isteri yang solehah itu diertikan apabila kamu memandangnya kamu akan rasa terhibur, sentiasa mentaati suaminya selagi tidak bertentangan dengan syariah dan menjaga kehormatan diri dan suaminya,"Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip iaitu didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama dengan disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan sebagainya.Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri juga menjadi asas selain kewajipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan, penceraian dan sebagainya.
Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam serta jahil mengenai hukum-hukum berkaitan hubungan antara mereka dan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Saturday, July 18, 2009

Persinggahan-Zahran

Sekian lama hidup di kegelapan,

Teraba-raba tanpa tujuan,

Akal dan budi seakan tak berfungsi,

Ke manakah diri??



Apa diturut kehendak yang meronta,

Menyeksa badan membakar jiwa,

Syaitan dan nafsu meracun dalam diri,



Renungkanlah ini,



Kita sekadar di persinggahan,

Pasti kembali pada yang menciptakan,

Ombak dan badai lumrah kehidupan insani,

Insaflah semua darinya jua

Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…….



Pada ilahi bantuannya menanti,

Iman dan takwa yang sejati,

Itulah bekalan diri…..



Doa’ senjata mereka yang beriman,

Tuhan pencipta maha penyayang,

Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan

Hanya pada tuhan



Lirik lagu kump. zahran

Saturday, July 11, 2009

Hati insan bernama wanita

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

50 perkara untuk jadi SUAMI yang BAIK

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
*

Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.
Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum
cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

coret-coretan

Malam ini entah kenapa aku tidak dapat melelapkan mata walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi...Hatiku rasa gelisah bercampur sayu...hanya ALLAH yang mengerti perasaanku..Hujan rintik2 menemaniku...Dari semalam lagi aku tidak dapat tidur nyenyak...aku hanya mampu menangis untuk meluahkan rasa yang terpendam dihati ini...aku tahu aku tidak mampu untuk meluahkan pada sesiapa..Hanya pada ALLAH aku mengadu agar diberikan kekuatan menghadapi dugaan hidup ni.Hati perempuan sangat lembut dan halus kata orang..tak sama macam lelaki...sebab tu ALLAH kurniakan wanita dengan airmata. Kerana Air mata wanita bukanlah suatu kelemahan, tapi itu suatu jalan yang diberikan Allah kepada wanita untuk menstabilkan emosinya ketika emosinya sedang memuncak.Sama halnya dengan laki-laki jika emosi sudah memuncak maka dia akan memukul atau bertarung dengan orang yang buat dia emosi, atau meninggalkan tempat yang membuatnya emosi menuju tempat yang sepi untuk menyendiri dan tidak ada orang yang mengganggunya.

Esok aku akan bertolak balik KL..Hatiku sedih bercampur pilu kerana sedih untuk meninggalkan familyku di sini.Terasa sangat bahagia walaupun sekejap cuma bila dapat meluangkan masa di samping keluarga tercinta.Inilah waktu kualiti yang aku cuba habiskan selagi ALLAH masih berikan aku kesempatan...Aku sangat menyayangi ayah bondaku..abangku,adik2ku..Bagi aku family aku adalah yang terbaik dalam hidupku sampai bila2..Terima kasih ayah, mak, abang dan adikku kerana menjaga aku dengan baik selama ini..Alangkah bahagianya jika masa dapat diputarkan kembali...Aku dapat menghabiskan masa bersama familyku,bermain dan bermanja ngn seluruh familyku..

Tapi kini segalanya telah berubah,aku bukan lagi hanya bergelar seorang anak..malah aku juga punyai tanggungjawab yang lebih besar sebagai isteri kepada seorang yang bernama suami...Tanggungjawab utama seorang isteri ialah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri..Kini aku terpaksa hidup sendirian dan berdikari di KL seorang diri...Memang perit dan sepinya bila hidup sendiri di perantauan apatah lagi bila berjauhan ngn suami...Lantaran itu aku menyedari tentang erti kehidupan sebenar dan erti berdikari...Kadang2 aku sendiri tak pasti bagaimana aku boleh hidup sendiri ..Tapi kadang2 aku rasa lemah tak bermaya...tika dilanda kesepian,kesunyian,kesedihan,kesusahan dan bermacam2 yang aku hadapi sendiri...Kini aku pasrah dengan ketentuanNya dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Apa yang mampu hanya airmata sebagai penenang jiwa dan alat untuk aku melepaskan tekanan yang melanda saban hari...kadang2 aku rasa tidak cukup kuat dan lemah untuk menghadapinya sendiri tanpa seorang yang bergelar suami..Padamu suamiku..berilah aku semangat dan kekuatan tika aku rasa lemah tak bermaya,tika aku dilanda kesedihan,kesepian dan kesusahan..Aku hanya seorang wanita,isteri dan seorang yang bergelar anak yang perlukan teman untuk melalui liku2 hidup yang penuh mencabar dan dugaan...janganlah dikau biarkan diri ini kesedihan,kesepian tanpa pujukan dan nasihat kerana pada SUAMI,ALLAH telah berikan kepadamu kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Friday, July 10, 2009

Air mata seorang Isteri

Perempuan adalah makhluk penuh kepekaan, panjang pemikiran, dan lebih peduli dengan detail. Setiap masalah yang dihadapi selalu melahirkan pertanyaan, perenungan, dan dipikirkan secara mendalam. Perempuan pada umumnya, terlebih mereka yang bertemperamen melankolis dan introvert, memiliki dunia sendiri yang terkadang tak terjamah manusia lain, bahkan orang terdekatnya. Kalau saja para suami yang memiliki isteri seperti itu ternyata adalah kelompok laki-laki yang egois serta temperamental, maka dunia internal isterinya akan makin tak terlihat. Semakin sang isteri merasa sendirian, maka dunianya akan semakin terasa muram, sedih, dan penuh pesimisme. Tak ada spirit untuk hidup, tak ada semangat untuk menghadapi pagi dan hari esok. Seorang suami tak akan percaya hal itu kalau ia tak pernah berempati dan mengenal dengan baik karakter isterinya.

Tahukah, seorang ibu tetaplah manusia biasa yang memerlukan teman untuk bicara, untuk sekedar meluahkan gumpalan fikiran dan perasaan yang ada di hatinya, keinginan-keinginannya, harapan-harapannya, dan apa yang ingin dikerjakannya.

Tahukah, bahawa 'lima minit' waktu yang diluangkan suami untuk mendengar isterinya bicara tentang kelelahannya hari ini, mampu mengubati kelelahan itu sendiri tanpa harus memberinya ramuan penghilang lelah. Perempuan itu unik, dan berinteraksi dengannya memerlukan seni dan ilmu. Bukan dengan fikiran sesaat, bukan dengan sikap impulsif.

Tindakan dramatis yang dilakukan seorang perempuan introvert adalah sebuah ledakan klimaks dari tekanan yang berkepanjangan. Ketika suami tak mampu dijadikan teman bicara, dan tak ada orang lain yang juga dipercaya untuk mendengarnya bicara, maka perempuan sekuat apapun boleh jadi lemah, runtuh, dan tak punya solusi lain kecuali bertindak dengan keputusasaan.

Tahukah……. Bagi siapapun yang sudah memiliki isteri, JANGAN BIARKAN ISTERI ANDA MENANGIS TANPA AIR MATA TERLIHAT DI PIPINYA. Karena jika Anda tak pernah sekalipun melihat butiran bening menghiasi wajahnya, boleh jadi Anda sudah melewatkan banyak momentum penting dalam hari-hari istri Anda, yaitu ketika ia berbicara jujur tentang perasaannya.

Luahan hati seorang bernama isteri

dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..

dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..

salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..

aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..

kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..

atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...

Nukilan isterimu

Sunday, July 5, 2009

Kasih sayang

Dalam sehari semalam kita kerap menyebut perkataan 'Bismillah'. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu 'Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.

Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.

Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.

Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.

Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting.

Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?

Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam?

Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?

Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain?

Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?

Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar.

Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."

Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya.

Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:

# Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.

# Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.

# Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.

# Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.

# Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.

# Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.

Friday, June 26, 2009

Doa Mencintai Allah:

Ya ALLAH kurniakanlah rasa cintaku pdMu… dan cinta pd insan yg mencintaiMU..
dan beramal dgn amalan yg membawa pd cintaMU..aminn ya Rabb…Doa Srikandi Solehah:
Moga2 diriku kelak akan digolongkan Allah dlm golongan ini…amiinn)
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

JADIKANLAH DAKU SRIKANDI
PENYEJUK DI MATA..
PENAWAR DI HATI..
DI DUNIA DAKULAH PENYERI
DI SYURGA MENANTI DAKU BIDADARI……

Tuesday, June 23, 2009

cerita seorang inspektor

Alhamdulillah arini aku rasa gembira sangat coz prestasi aku meningkat gara2 dapat capai real default bagi majikan gagal mencarum melebihi 3 bulan..dan default 1 month settle 100 %...syukur sangat kpd ALLAH coz daripada sasaran bulanan 2.87percent untuk prestasi bulan Mei 2009..aku dapat capai melebihi sasaran yang ditetapkan utk dapat markah 5 iaitu turunkan kepada 2.45 percent.Yela bukan senang untuk turunkan real default ni coz majikan tegar2 dan garang2.Tugas inspektor ni bukan mudah coz kena belajar pujuk majikan agar bayar caruman yang tertunggak.Huhu apatah lagi prestasi dikira prorate setiap bulan..so every month memang kena jaga prestasi.

Dan arini aku rasa gembira sangat coz ada satu majikan ni memang agak tegar dan kadang2 wat aku sakit hati sangat dengan kata2 dia..Dan arini aku bertekad nak bersemuka dengan director nie secara personal..hehe memula tuh agak gemuruh gak sbb die cakap EPF ni macam2 dan marah2 aku dalam tepon..padahal aku ni baru sebulan jagung je keja sbg inspector ni..hehe..nak tak nak aku beranikan diri gak jejak ke opis die...jadi inspektor ni mmg kena banyak sabar dan kuat semangat.Sampai2 je aku kat opis die tgh meeting..so tunggu punya tunggu pukul 1 baru abis..huhu..sabar jela...huhu then aku pun masuk lam bilik die...rupa2nya muda lagi director ni baya2 aku jer..huhu..patutla panas baran ;p..then aku pun slow talk cakap ngn die...perwatakan die agak berbeza dari perbualan dalam telefon..maybe sbb mata bertentang mata kot ;p..ahaks...alhamdulillah selesai je aku nasihatkan die then die pon trus cakap sy akan bayar semua caruman tertunggak...leganya hatiku tak terkata...hanya ALLAH yang tahu...x sangka die terus bayar..then die pon start soal aku macam2 ttg pengalaman keja dan sebagainya dengan layanan yang cukup baik mcm tetamu vip..siap ada hidangan minuman n makanan lagi kat bilik die huhu..gara2 aku tolak offer die lunch bersama..(x sanggup aku rela berlapar ahaks).dan yang paling kelakar die siap offer aku keja ngn die lagi..huhu....dan sebelum aku balek die sempat kirimkan hadiah untuk aku...begitula kisahnya...


dan apa yang aku dapat pengajaran hari ini adalah jika kita benar2 ikhlas dan sabar dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang kita tidak sukai atau sukar insyaallah ALLAH pasti akan memberikan kemudahan dalam setiap pekerjaan yang kita lalui...insyaallah jika niat kita baik pasti akan dibalas baik oleh orang lain.Jika kita sabar pasti ALLAH akan bagi ganjaran yang berlipat kali ganda lagi kepada kita.

Saturday, June 20, 2009

PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL.

Sekian lama permatahati membisu tanpa kata coz tidak ada internet dan waktu yg sesuai...hehe..apapun kali ini permatahati ingin kongsikan bersama peminat2 blog(perasan)ahaks..mengenai satu buku yang agak menarik bagi permatahati kerana ia memberi teladan yang sangat berguna pd kwn2..Buku ini bertajuk 'Pemilik Cintaku setelah ALLAH dan Rasul' karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.Sangat best!

Buku ini aku beli masa aku tgh jalan2 kt Jusco sorang2 utk lepaskan tensen dan sedih.Entah kenapa aritu hatiku rasa sedih sangat dan rasa nk menangis tanpa henti.sehinggalah aku rasa mcm nak cari satu benda yang dapat legakan perasaan ni dan aku tergerak hati utk pergi kedai buku MPH...masa mula2 tgk tajuknya pun hati aku dah tertaut utk memilikinya cz ingin tahu ttg isi kandungannya..mgkn ALLAH yang mengerakkan hati aku utk membelinya.

Setelah aku baca buku ini jiwaku yang resah tadi terasa sangat tenang kerana Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul iaitu suaminya yang sekarang...Alangkah indahnya hidup ini jika segalanya adalah kerana ALLAH dan ramai yang mengunakan pendekatan Rasullullah S.a.w.

Kini aku menyedari bahawa perkahwinan ini adalah satu rahmat dan wasilah untuk kita tingkatkan amal dan ibadah dalam kehidupan kerana matlamat kita di dunia ini hanyalah satu untuk mencari keredhaan ALLAH SWT...Itulah yang paling utama...Jika kita faham dan ada matlamat sebegitu insyaallah jiwa kita pasti takkan resah dan sedih walau dilanda pelbagai dugaan dan masalah...Buku ini aku hadiahkan buat suami tercinta, moga2 abang baca dan kita sama2 dapat mempraktikkan apa yang baik dan apa yg mampu kita perbaiki dan sama2lah kita usaha agar perhubungan cinta dan kasih sayang kita kekal ke akhir hayat..ameen.

Buatmu suamiku,tiada apa yang saya inginkan di dunia ini melainkan abang menjadi suami saya yang baik dan membimbing saya ke jalan yang diredhaiNya...sama2lah kita tingkatkan amal ibadat selagi kita masih diberi kesempatan oleh ALLAH utk bernafas di dunia ini.

'Rumahtangga itu adalah syurga dunia jika kau bijak mencipta kebahagiaannya,sebaliknya ia adalah lubang neraka jika sikapmu menyebabkan kau terbeban melaluinya'

Sebelum aku mengundur diri disini aku letakkan nasihat dari buku karangan Fatimah Syarha buat suami dan isteri yang sangat berguna buat kalian.

Jika kau seorang isteri,hargailah suamimu walaubagaimanapun keadaannya.Cukuplah dengan apa yang mampu berikan dan jangan sekali-kali meminta diluar kemampuannya.Walaupun mereka mampu berikan segalanya padamu,jgn sekali-kali menunjukkan peribadimu yang cinta dunia kpdnya kerana ia takkan membahagiakan.

Jika kau seorang suami,tiada resepi paling berkesan utk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin isteri dan seisi keluargamu ke arahnya.Moga cintamu berkekalan hingga ke syurga.

Kini aku bertekad tidak akan lagi resah dan sedih selepas baca buku ni.coz aku anggap setiap orang ada dugaan dan masalah msg2..masalah kewangan,masalah rumahtangga,masalah keje,masalah problem dan mcm2 g..ahaks.pendekkata semua manusia takkan lari dari punyai masalah..apa yg berbeza bagaimana cara kita utk handle setiap masalah tersebut..dan bagi aku lebih baik aku pilih jalan utk hidup bahagia dari terus memikirkan masalah tersebut dan jika kita sentiasa fikir bahawa bahawa kehidupan kita di dunia ni sementara dan meletakkan matlamat kita hanyalah mencari keredhaanNya..insyaallah hati kita pasti takkan asyik sedih memikirkan masalah tersebut..hargailah kehidupan yang ALLAH kurniakan pada kita dengan memperbanyakan amal dan ibadat kepadaNYA..insyaallah jalan keluar dr masalah tersebut pasti akan ALLAH tunjukkan pada kita..dan perbanyakkanlah berdoa pada ALLAH diiringi usaha yang berterusan..insyaallah ALLAH pasti akan kabulkan.dan satu pengajaran yang aku dapat bila baca buku ini ialah bahawa tiada cinta yang paling agung melainkan cinta ALLAH dan RASUL..Dengan mengingatiNYA jiwa kita yang resah pasti akan menjadi tenang...insyaallah..cinta manusia tiada yang kekal abadi..sekiranya kita cinta kepada manusia tidak semestinya manusia cinta kepada kita.tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH,nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya....apa yang paling penting bagi aku sekarang ialah mencari keredhaanNYA di dunia ini dan moga2 kita sentiasa di dalam rahmat dan petunjukNYA...ameen.

Saturday, May 9, 2009

BILA HATIKU BERBICARA

Last week aku tertarik pada satu cerita seorang kakak kat opis aku dan aku rasa sangat menarik utk dikongsikan bersama peminat2 setia blog ini..ahaks ..kakak ini merupakan teman sekerja yang agak baik dengan aku kat opis skrg...umur die sudah hampir 40-an..Tapi Kelihatan dari paras rupa dan perwatakan dia adalah seorang yang happy go lucky dan tiada masalah...tapi siapa tahu jauh di sudut hatinya die tersimpan satu perasaan yang sedih dan pagi itu die telah meluahkan apa yang tersirat di hatinya pada aku..Dari segi penampilan die adalah seorang wanita moden yang punyai segalanya yang diidami oleh setiap lelaki...cerita kehidupannya dlu,Hidupnya bermula dengan kais pagi makan pagi dlu...sehinggalah die telah meningkat dewasa dan menjadi bahan usikan oleh lelaki kerana miliki paras rupa yang cantik...sehinggalah die bertemu dengan seorang lelaki yang betol2 ingin milikinya sebagai seorang istri...kini die telah berkongsi hidup bersama suaminya hampir 13 tahun lamanya...dan die kini die telah punyai cahaya mata seramai 3 0rg dan die punyai segalanya sekarang termasuk kereta mercedes dan 2 buah banglo...katanya die sangat merindui kehidupan lampau die masa die mula2 kawen ngn suaminya..waktu tu walaupun die susah tp cukup makan dan tak ada transport tp die rasa sangat bahagia ketika itu kerna ada suami yang slu punyai masa utk dirinya dan keluarganya...kini segalanya telah berubah apabila suaminya berubah menjadi seorang yg kuat bekerja utk mengumpul harta.Walaupun kini die sudah ada segalanya dan suaminya telah mampu berikan segala yang die inginkan tapi hidup die rasakan adlh sangat kosong dan kesunyian tanpa kasih syg suaminya...sekarang suami die lebih mementingkan bisnes dan kawan2 daripada family..die tanya pd aku adakah kemewahan yang suami die bagi pd die sekarang boleh hadiahkan kebahagiaan yang die inginkan ketika ini??.sedangkan setiap hari suaminya langsung tidak punyai masa bersama die walau seminit....apa yg die cuba luahkan cukup membuatkan hatiku rasa sangat sebak..aku nampak linangan air mata yang cube die selindungkan...jauh di sudut hatiku aku bertanya pada hatiku apa sebenarnya erti bahagia?apa sebenarnya yang manusia inginkan di dunia ini???Bila bercakap soal bahagia aku kembali fikir kepada fitrah manusia dalam berumahtangga...

Alangkah bahagianya pasangan suami isteri apabila kehidupan alam rumahtangganya sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut?Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia?
Apakah rahsia membentuk rumahtangga muslim yang bahagia? Aku cuba ingat kembali apa yang telah ustaz pesan pada aku dlu bila dah kawen nti...Ingatlah para isteri yang dikasihi Allah SWT, antara ciri-ciri sifat isteri yang solehah itu apabila dia taat kepada Allah SWT, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan suaminya. Selain itu, menjaga sembahyang lima waktu, berpuasa dan menjaga maruahnya. Maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang disukainya. Berazamlah untuk menjadi isteri yang solehah. Sebaik-baik pemberian ke atas sesebuah rumahtangga itu ialah isteri yang solehah agar dapat membina keluarga sakinah.

Begitu juga, para suami yang soleh, mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik. Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.

Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang selepas alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah telah berubah. Kehidupannya berubah menjadi seorang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri, bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semacta-mata untuk keluarga. Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah SWT. Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adalah bermula dengan niat kita sebenarnya dalam berumahtangga adakah hanya utk mencari keseronokan semata atau utk mencari keredhaan ALLAH swt..fikir2kan lah teman2 ku.......

semoga kisah kali ini memberikan kita satu info dan nasihat yang bermanfaat kpd semua pembaca...

Saturday, April 25, 2009

Aktiviti riadah bersama housemate di tasik titiwangsa

25 APRIL 2009
8.30 PAGI
TASIK TITIWANGSA


Best giler kelmarin berjoging dan berkelah di tepi tasik titiwangsa...dah lama rasanya tak rasa saat macam nih..pukul 7 pagi kitorang dah bergotong-royong dan masak-masak utk di bawa bekalan berkelah..Bihun sbg juadah utama,di samping puding dan keropok dan kuih muih...tepat jam 8.30 pagi kitorang bertolak dari umah...hanya 10 minit je dah sampai tasik titiwangsa...Seronoknya bila dah lama tak bercuti dan berkelah dengan kawan2..hihi yela bila dah bergelar istri orang ni dah payah dah nak join kelab2 bujang ;p..hehe...sementara hubby sedang berada di offshore nila permatahati dapat join the club..bukan apa just utk mengisi masa lapang..minggu lepas dah balek kampung halaman tercinta...minggu ni housemate plak ajak join dorang beriadah di tasik titiwangsa...alasannya coz permatahati akan berpindah nti dah susah nak berjumpa...so kitorang cuba habiskan masa bersama dengan aktiviti beriadah sebelum permatahati berpindah.










Inilah wajah-wajah housemate permatahati...ada 3 orang semuanya.kecuali soerang jejaka tuh yang tersesat ;p..hehe jejaka itu merangkap best frenz kepada my housemate.semuanya adalah cikgu2 belaka dari kelate dan terengganu.dari kiri maa,nora dan zue...Kitorang kenal baru je 2 bulan tapi dah rapat macam kawan yang dah lama kenal...Aku kenal dorang ni masa first time nak lapur diri di KWSP setapak...Hari-hari kitorang masak bersama dan makan sma2...dorang la teman bicara yang selalu ubati kesunyian aku dikala berjauhan dengan husband dan my family..hehe..thanx nora,mas dan zue org kelate yang baru berkenalan lebih kurang 2 minggu bersama...huhu sedih jugak utk meninggalkan rumah sewa nih dan especially my housemate utk berpindah rumah sewa baru...tapi nak buat camana...huhu...lepas nih pasti permatahati bakal kesunyian...





selepas je kitorang menjamah selera selepas kepenatan beriadah maka kitorang pun berangkat pulang ke rumah sewa...then lepas tuh merancang utk bersiar-siar di jalan TAR...hihi konon2 pandai jalan so permatahati pun drive la ke sana..hhehe satu pengalaman yang takkan kitorang lupakan ialah sesat sehingga ke petaling jaya masa nak balek umah sewa dari jalan TAR...huhu 2 jam jugak kitorang cari jalan pulang akhirnya tepat jam 10 malam baru sampai umah...hihi kenangan yang tercipta takkan pernah kitorang lupakan sampai bila2..hehe...

sekian saja episod kali ini...

thanx my housemate for the everything ;-)
Abadikan kenangan kita bersama selamanya.

Saturday, April 18, 2009

HAPPY BESDAY TO MY DEAR HUBBY

walaupun tidak dapat bersama abang meraikan hari bahagia ini tp saya harap abang di sana tetap happy kerana sy tetap mengingati hari yg bermakna ini.Doa sy semoga abg di sana sntsa selamat dan dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan hidup kite sntsa di bawah limpahan rahmatNYA slu..ameen




HERE'S WISHING UR DAY BE FILLED WITH JOYS AND SMILES...
JUST THE WAY U FILL ALL OF MINE!
HAVE A SPECIAL DAY & A BEAUTIFUL YEAR AHEAD.

HAPPY BESDAY DARLING!

i LOVE U ;-)

Saturday, March 28, 2009

ZaMaN KeCiLkU

Hari ini mak masak masakan kegemaran aku iaitu nasi tomato masak merah ayam ;-)..Gembiranya hati bile dapat luangkan masa dengan makayah macam ni selalu..huhu bila dah kena duduk jauh nih jauh dari family ni,mesti selalu aku akan terkenangkan zaman kecilku dulu bersama keluarga yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.Mereka menatang aku bagai minyak yang penuh dengan didikan agama yang sempurna cukup buatkan aku rasa sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yg cukup bahagia..Alhamdulillah terima kasih ya ALLAH..AKu rindu sangat zaman kecilku dahulu..kata ayah dan mak,aku lah anak paling manja dalam keluarga...dan aku akui hakikat itu..huhu..tapi aku tak pernah rasa terkongkong tapi sebaliknya aku rasa sangat disayangi oleh keluarga.TERIMA KASIH AYAH DAN MAK DI ATAS SEGALANYA.I LOVE U MUM & DAD..

Hari ini aku menatap kembali wajah2 masa ketika zaman kecilku..entah kenapa airmata aku menitis..maybe aku rindu sangat zaman kecilku..Aku sangat berterima kasih pd ayahbonda krn telah membesarkan aku sehingga aku jd seorang insan yg berjaya dan harapan aku moga ALLAH akan pelihara diri dan iman aku moga aku akan dapat membalas semua jasa dan kebaikan mereka pada aku melahirkan,mendidik dan menjaga aku sehinggalah sekarang aku sudah bergelar seorang isteri..Alhamdulillah,berkat doa mak ayah,kwn2 dan juga suami akhirnya aku berjaya menjadi apa yg aku inginkan selama ni....Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga dan suami tp aku akan cuba kuatkan semangat dan lalui dugaan ni dengan sabar..Mungkin ada hikmah disebaliknya..Pesan makayah pada aku takkan pernah aku lupakan iaitu jaga aurat,diri,iman dan sentiasa berpegang pd syariat agama ALLAH Insyaallah ALLAH pasti akan pelihara kita..Dan paling penting jaga hati suami dan jaga maruah diri..

Huhu terima kasih makayah atas segala2nya...akan anakanda ingat pesanan makayah selalu.

teka siapa tuh ?


inilah my lovely family



wif my brother


wif my sis


masa form 3 ;)


kawan2 masihkah kau ingat sape yang paling comel dlu ;p..haha



rindunyaa zaman kecilku dlu..........
Bila nak wat gathering nih..

Kedah kampung halaman tercinta

Hari ini hari yg sangat bahagia buat permatahati setelah sekian (baru sebulan) lama tidak bertemu ayahbonda tercinta.thanx my dear hubby coz izinkan permatahati utk pulang ke kampung..hehe..begitu banyak cobaan utk pulang ke kampung halaman..Hari khamis permatahati sudah tak ada mood utk wat keja..Hari jumaat lagilahh malas.ahaks.yang bengangnya tu time2 cmnilah baru nak kan report last minute dan tour program..hehe sampai kena sound dgn senior inspector coz silap buat tour program ;p..hehe maklumlah hati dah ada kat kedah..sabar jela..balek umah sewa dah kena bergegaske stesen lrt plak..dengan hujan2 renyai2 sanggup jugak ku redahi demi ibuayah tercinta..smpai2 je my dear frenz dah tunggu...memula ingatkan dah kena tipu ngn kaunter tiket tuh..rupanya kena nek bas tambahan..tunggu punya tunggu 940 baru bus tiba..legaaa rasa bila dah naik bus tuh..huhu..begitula alkisahnya..dan sepatutnya aku ada Mtest arini kat sek.setapak KL tetapi memandang aku lebih mementingkan family jd aku pilih tuk balek kampung jugak..hihi..maybe sbb aku rasa rindu sangat kat mak ayah kat kedah...i love u mak ayah..dapat balek sekejap pun sudah cukup wat anakanda rasa bahagia sangat bila dapat tengok wajah ayah dan bonda.

Aku gembira sangat kali ni coz balek kali ni bukan saja dapat jupe makayah malahan dapat jumpa kawan lama dari sekolah dlu..my dear frenz nurhidayah cik omar yang sekarang bekerja di TM shah alam setelah setahun lamanya tak ketemu..Dia lah kawan baik masa kecil ku dlu...dari sekolah rendah sampaila sekarang.susah senang bersama...semalam kitorang balek sama2 teringat macam zaman sekolah plak pegi sekolah sama2..sepanjang perjalanan tu mcm2 cerita yg dikongsikan bersama..bila dikenangkan kembali zaman kecil mesti nak tergelak...rindunya zaman persekolahan dlu...Kalo boleh diputar kembali ke zaman persekolahan dlu msti best.ahaks..bila nak wat reunion nih kawan2? huhu i miss all of u!

ZAMAN PERSEKOLAHAN



SELEPAS ZAMAN PERSEKOLAHAN




buat tatapan teman2 masa kecilku ;p sebelum dan selepas masihkah kau ingat?hihi

Sunday, March 8, 2009

HAPPY ANNIVERSARY TO MY BELOVED HUSBAND (^_^)



SELAMAT HARI ULANGTAHUN ABANG..SEMOGA HUBUNGAN KITA DAN CINTA KITA AKAN SENTIASA DIBAWAH LIMPAHAN RAHMAT DAN KEREDHAAN ALLAH SLU.AMEEN.

Pejam celik pejam celik dah genap setahun usia perkahwinan kita..huhu tp rasanya mcm baru je kite kawen kan kan..ahaks..saya bahagia menjadi istri abang.

Another year has passed and my love for you keep growing.Thank you for making my life so happy. i will love u until the end.

Saturday, February 28, 2009

Ku ingin menjadi seperti Permata

Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,
Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...

Welcome to KWSP Setapak

Sudah lama permatahati tidak berkesempatan utk mengupdate blog...hehe dek kesibukan yg melanda baru2 ini dan sebetulnya internet tak ada..ahaks..tanggal 16 februari 2009 menjadi detik2 bersejarah buat permatahati yang baru melangkah membina kehidupan baru di setapak..ahaks..mcm nak tulis novel plak..huhu.Hari pertama melapor diri di kwsp jalan laut awal2 pagi lagi dah bangun coz kena jalan kaki srg2 plak huhu..terpaksalah belajar berdikari..ahaks..pukul 645 dah gerak ke lrt taman melati..smpai2 je baru pukul 7.30.Hari tu teringat plak macam nak masuk belajar kat uitm dlu...hehe kebetulan ada mamat srg tu pon nak lapor diri kt hq so xdela rasa cam org asing..die la yg tunjukkan direction kemana2 dan sanggup temankan balek smpai nek lrt balek rasa selamat sket ble ada org temankan.huhu..jgn mare yea bang..ahaks...budak mentah baru ;p..selepas tamat je sesi perbincangan kemudian kitorang ditugaskan bertugas ke penempatan masing2..

Huhu skarang dah masuk 2 mggu dah aku bekerja di kwsp setapak..alhamdulillah staff semuanya friendly belaka dan suka membantu...memula masuk dorang ingat masih bujang lagi..hehe bayangkanlah dari 25 org inspector hanya 5 org adalah kaum wanita..huhu..bukan inspector polis tp merangkap pegawai pemeriksa di bawah seksyen penguatkuasaan kWSP..kata org tugas inspector bkn mudah dan agak mencabar...coz kena slu buat inspection ke premis majikan yg berdaftar dan mencarum dgn kwsp dan deal ngn majikan yg macam2 ragam..kalo yg baik tu okla tp kalo kena yg garang dan liat nk buat payment xpasal2 kena marah free ja..hehe padahal dorg yg salah xmencarum pekerja..huhu mlm2 je aktiviti aku study akta kwsp..hehe mcm zaman study plak rasa..ahaks.

Rasanya setakat ini dlu buat kali ini..semoga bertemu lagi dlm episod seterusnya...huhu malam ni permatahati naik bus balek KL dari kerteh..hhuuhu doakan keselamatan permatahati yea..
wasalam

Thursday, January 29, 2009

Alhamdulillah

Terima kasih ya ALLAH.alhamdulillah akhirnya ALLAH telah kabulkan permintaan ku selama ni utk menjawat jawatan tetap di KWSP..gembiranya tidak terkata...selepas habis je solat then dapat call dr KWSP dgn ucapan tahniah krn anda di tawarkan bekerja di KWSP setapak.Huhu bersyukur sangat2 coz inilah saat2 yg aku nanti2kan selama ini..ble melihatkan org lain ada keje tetap,ada kete mmg sedih gak dan jeles..tp aku percaya dgn ketetapan ALLAH atas apa yg ditakdirkan utkku adalah yg terbaik....mungkin ALLAH nak kita bersabar dan terus berusaha ble di uji mcm tu...selama hampir 2 thn aku keje kt KWSP Sungai petani sbg anggota kontrak dan aku bersabar dan tanamkan minat dan cita2 utk menjawat jawatan tetap di kwsp satu hari nanti..akhirnya arini ALLAH telah kabulkan permintaan aku..sepanjang tempoh selepas bergelar lepasan siswazah begitu banyak dugaan dan ujian yg aku lalui.dalam tempoh tu jugak aku telah bertemu seorang lelaki yg benar2 ikhlas utk jadikan aku istrinya walaupun masa tu aku menganggur iaitu mydear hubby Mr tom ;p..hehe terima kasih abang coz menerima saya seadanya sebagai istri abg.huhu first time aku dpt luahkan apa yg tersirat di hatiku selama ni...kini baru aku sedar bahawa sgl yg berlaku selama ini adalah ujian yg cukup mematangkan diri ku sebenarnya.kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari dan kita menangis mencari dimana matahari coz ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yg indah..begitulah kehidupan ada manis ada pahit..yg penting sbg manusia kita kena stsa berusaha dan tidak putus asa dgn rahmat ALLAH cz segala yg berlaku ada hikmahnya.Arini aku sangat bersyukur pd ALLAH krn kini aku telah pun menemui cinta sejati dan kini diberikan pula rezeki dapat pekerjaan tetap.terima kasih ya ALLAH di ats rezeki dan nikmatmu ini.

terima kasih mak ayah di ats sokongan dan doa makayah selama ni.tanpa doa dan restu makayah x mungkin sy berjaya menggapai cita2 ini.rindu sangat kat mak ayah dan my family kt kedah..terima kasih kepada my dear hubby coz always be there 4 me and i luv u so much abg ;-).insyaallah sy akan berusaha menjadi istri abg yg solehah dna terbaik.moga2 ALLAH stsa perkukuhkan kebahagiaan rumahtangga kami hingga ke akhirnya.ameen ya rabbal'alamin

and last but not least thanx to akak linda aka seven di atas mesej di bawah..kata2 tersebut sangat bermakna pd sy dan sampai skang sy simpan mesej akak tu...ingat lagi tak time ble akak msg sy tu dgn kata2 tu??hehe


"IF GOD ANSWERS UR PRAYER,HE IS INCREASING YOUR FAITH.IF HE DELAYS,HE IS INCREASING YOUR PATIENCE.IF HE DOESTNT ANSWERS,HE HAS BETTER PLAN FOR U"

Sunday, January 18, 2009

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA,PEREMPUAN PADA MALUNYA

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?

Saturday, January 3, 2009

Pilih semut, labah-labah atau lebah?

Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.

Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.

Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.

Apakah pilihan anda?

Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.
Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya, saya akan menilai sebagaimana berikut:

Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

Labah-labah. Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.

Lebah. Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an disebut, marhumnya, “Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat.

Jadi, apakah pilihan saya? Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. Namun, saya tidak mahu mengambil sikap bodohnya. Tahukah anda sembut amat bodoh meskipun amat rajin.

Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan segera pulang memberitahu rakan-rakannya. Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya sehingga seketul gula itu ditemuinya kembali. Dia dan rakan-rakan akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu habis. Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat. Saya juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning.

Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti menulis buku; menulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa.

Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya.

Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas.

Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.